Artikel Popular

Wednesday, December 12, 2012

Pekerja Hotel yang Mengubah Perancis

RABU, 12 Disember  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seandainya Dominique Strauss-Kahn yang juga dikenali sebagai DSK tidak naik "kelabu mata," lalu digomolnya wanita pekerja hotel, pastinya beliau,   dan bukannya Francois Hollande, yang dipilih sebagai Presiden Perancis.   Ketika itu, DSK merupakan calon pilihan yang dijangkakan mampu menumbangkan Nicolas Sarkozy.  

Akibat perbuatan itu, beliau bukan sahaja terlepas peluang keemasan, tetapi juga terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).  Bahkan, isterinya Anne Sinclair yang  "berbangga" akan  fiil DSK "kaki perempuan," dilaporkan mula hidup berasingan. Pendek kata, DSK benar-benar "sudah  jatuh ditimpa tangga."

Pencabulan seksual yang dilakukan oleh DSK terhadap pekerja hotel, iaitu Nafissatou Diallo,   akhirnya diselesaikan dengan beliau bersetuju  membayar ganti rugi kepada wanita itu. "Dalam masa 10 minit atau kurang," tulis Christopher Dickey dalam The Daily Beast, "pekerja hotel yang merupakan pendatang Afrika mengubah sejarah dunia.  Bukannya menerusi rekaan atau keinginan, seperti dia beritahu ceritanya, tetapi menerusi pertama rela kerana takut, kemudian menolak kerana harga diri untuk menjadi mangsa salah seorang lelaki yang paling berkuasa di di planet ini."

Perubahan itu, jelas Dickey bukannya dari segi pantang larang Perancis tentang pencabulan seksual, tetapi dari segi geopolitik dan sejarah ekonomi.  Kita tahu ketika itu, dan bahkan semakin jelas kini, bahawa jika Strauss-Kahn bertanding untuk jawatan presiden, beliau akan menang.  Penjawat kini, Nicolas Sarkozy tidak berapa popular, bahkan calon Sosialis yang lemah, iaitu Francois Hollande mampu menewaskan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...