Artikel Popular

Tuesday, December 11, 2012

Wira Kempen Obama

SELASA, 11 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pemenang sentiasa betul,  sekali lagi terbukti benar jika diperhatikan analisis keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012.  Bagi calon Republikan yang tewas, iaitu Mitt Romney, beliau dan kempen serta partinya terdedah dengan pelbagai kepincangan, daripada penguasaan data kepada permainan padang. Romney juga  dalam pilihan raya ini yang berkesudahan beliau kalah,   seperti yang dicatatkan oleh Kevin Drum,  tidak menggunakan pengalamannya yang luas dalam dunia perniagaan.

Sebaliknya, bagi Presiden Obama dan kempennya, segala-galanya kelihatan sempurna,  bahkan dari segi pengumpulan dana  yang terbukti terbaik dari segi sejarah.  Tim Dickinson yang menulis dalam Rolling Stone menyenaraikan 10 wira (termasuk wirawati) yang membawa kejayaan kepada Obama untuk penggal kedua.   Obama tidak menang kerana merit semata-mata, bahas Dickinson.  "Teknologi tinggi beliau, pemacu data, kempen yang berangkaian dari segi sosial merupakan satu  buku sejarah."

Pastinya, mendahului senarai ialah Jim Messina, pengurus kempen Obama. Sementara yang lain, ialah Michael Slaby, Rayid Ghani, Harper Reed,  Jeremy Bird, Teddy Goff,  David Simas, dan Jim Margolis.  Tidak ketinggalan dalam senarai, ialah David Axelrod dan satu-satunya wanita, Stephanie Cutter, timbalan pengurus kempen Obama.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...