Artikel Popular

Tuesday, December 18, 2012

Perkhidmatan Teksi di Kuala Lumpur Teruk!

SELASA, 18 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mutu  perkhidmatan  teksi di Kuala Lumpur mendapat liputan antarabangsa apabila TripAdvisor melaporkan kajian terbaharunya.  Dalam kajian itu, untuk perkhimatan teksi yang teruk, Kuala Lumpur menduduki tempat ketiga selepas Moscow dan Beijing.  Dalam kategori tersebut, Tokyo adalah yang paling baik, diikuti oleh Singapura dan Zurich.

Walau bagaimanapun, untuk kategori keramahan pemandu teksi, Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam kalangan kota yang teruk.  Tempat Kuala Lumpur digantikan oleh Brussels, manakala Moscow dan Beijing kekal pada kedudukan masing-masing, seperti perkhidmatan teksi.  Dalam kategori keramahan pemandu teksi, Tokyo adalah yang paling baik, diikuti oleh Cancun dan Singapura.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...