Artikel Popular

Monday, December 10, 2012

Adakah Romney Terkejut dengan Kekalahan?

ISNIN, 10  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Mitt Romney dan kempennya begitu yakin bahawa Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung pada bulan lalu, pastinya memihak kepada mereka. Meskipun pelbagai tinjauan pendapat dan model peramalan menunjukkan bahawa Presiden Barack Obama kekal di Rumah Putih untuk penggal kedua, kempen Romney dan  beberapa cerdik pandai konservatif tetap yakin bahawa calon mereka  akan menang.  

Bahkan, Romney sendiri memberitahu bahawa beliau hanya menyediakan ucapan menyambut kemenangannya. Sementara pasukannya dilaporkan bersiap sedia untuk menyambut kemenangan merancang mengadakan pertunjukan bunga api di Boston pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.

Justeru, timbul persoalan, seakan-akan Romney terkejut dengan kekalahan (sebenarnya kalah teruk:  332 berbanding 206 undi badan perwakilan pemilih) di tangan Obama, seperti yang dibayangkan oleh Justin Green, yang memetik pendedahan eksklusif oleh  Noam Scheiber  dalam The New Republic.  Tinjauan pendapat dalaman, menurut Scheiber,  mendorong  Mitt Romney fikir bahawa beliau  akan menang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...