Artikel Popular

Wednesday, December 19, 2012

Empat Negara Kaya yang Wanita Berpendapatan Lebih Baik

RABU,  19  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sebagaimana dalam bidang lain, dalam pekerjaan, selalunya upah wanita lebih rendah daripada lelaki. Wanita dikatakan didiskriminasikan, walaupun mereka memegang jawatan yang setaraf dengan lelaki.

Walau bagaimanapun, Derek Thompson yang menulis dalam The Atlantic, mencatatkan di empat buah negara kaya, iaitu Ireland, Australia, Luxembourg, dan Belanda, wanita tanpa anak  memperoleh upah yang lebih tinggi daripada lelaki.  Keadaan ini berbeza dengan Jerman, Amerika Syarikat, Korea, dan Jepun, bagi wanita tanpa anak, upah mereka secara purata antara tiga hingga 24 peratus lebih rendah daripada lelaki.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...