Artikel Popular

Wednesday, December 19, 2012

Penduduk Dunia: Islam Kedua Terbesar

RABU, 19 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam laporan baru  yang dikeluarkan Pew Research Center yang dipetik oleh carta harian The Economist dan The Huffington Post,  daripada 6.9 bilion penduduk dunia pada tahun 2010, orang Islam ialah 23.2 peratus, kedua terbesar, manakala orang Kristian adalah paling banyak, iaitu 31.5 peratus.  

Sementara penganut Hindu dan Buddha masing-masing 15.0 peratus dan 7.1 peratus, manakala orang Yahudi 0.2 peratus dan penganut agama lain 0.8 peratus. Jumlah penganut agama folk/radisional juga agak besar, iaitu 5.9 peratus.  Walau bagaimanapun, jumlah orang yang tidak menganut mana-mana agama boleh dikatakan tinggi, iaitu 16.3 peratus - ketiga tertinggi selepas Kristian dan Islam. 

Bagi umat Islam, kita tidak boleh berbangga dengan kuantiti semata-mata, kita juga wajar memikirkan kualiti umat Islam yang sebahagian besar hidup dalam kemiskinan dan kemunduran, dan diperburuk oleh pergolakan politik serta kekacauan sosial.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...