Artikel Popular

Tuesday, December 18, 2012

Menara Petronas Semakin Rendah

SELASA,  18  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dari tahun 1931 wujud 20 buah bangunan yang tertinggi di dunia, menurut carta harian The Economist.  Bermula dengan Empire State Building (1931)  berkesudahan dengan Makkah Clock Royal Tower (2012), tetapi bangunan pencakar langit ini tidak dapat mengatasi ketinggian Burj Khalifa yang siap dibina pada tahun 2010 dengan ketinggian lebih 800 meter. 

Kedua-dua bangunan pencakar langit ini mengatasi Menara Petronas yang pernah dianggap tertinggi pada tahun 1998.  Tiga buah lagi bangunan yang lebih tinggi daripada Menara Petronas ialah International Commerce Center (2010), Shanghai World Financial Center (2008), dan Taipei 101 (2004) dengan ketinggian lebih sedikit daripada 500 meter.  Sedang dalam pembinaan, jika siap kelak adalah tertinggi di dunia, ialah Sky City One di Changsha, Hunan, dengan ketinggian 838 meter, mengatasi Burj Khalifa.  Sebuah lagi bangunan, iaitu Menara Zifeng yang siap dibina pada tahun 2010, sama tingginya dengan Menara Petronas, iaitu 450 meter.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...