Artikel Popular

Wednesday, December 12, 2012

Singapura Pilihan Orang Kaya-raya

RABU, 12  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Singapura, menurut kajian yang dipetik oleh Bloomberg, mengatasi Hong Kong, sebagai tempat yang ingin didiami di Asia oleh golongan jutawan yang bergerak. Alasan utama golongan berkenaan ialah kualiti kehidupan yang dapat dinikmati di negara kota itu.  

Memetik kajian yang dijalankan oleh RBC Wealth Management, yang menunjukkan bahawa hampir satu pertiga jutawan di Asia yang tinggal, bekerja atau menghabiskan lebih separuh masa mereka di luar negara asal mereka sendiri, mengutamakan Singapura, manakala 24 peratus memilih Hong Kong, tempat kedua paling popular di rantau ini.

Singapura sentiasa dianggap sebagai tempat selamat, bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga keluarga.  Bagi jutawan yang bergerak yang berpindah ke Singapura, 89 peratus menyatakan kualiti kehidupan adalah penting dan 83 peratus menyatakan kestabilan politik negara itu adalah penting.  Kemudahan infrastruktur dan peluang pendidikan juga merupakan alasan golongan tersebut untuk tinggal di sana.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...