Artikel Popular

Saturday, December 15, 2012

Jane Fonda: Walaupun Tua, Masih Galak

SABTU, 15  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Saya tidak berapa pasti berapa banyak filem yang dilakoni oleh Jane Fonda yang saya tonton.  Hanya sebuah filem  masih kekal dalam ingatan saya, ialah Coming Home, yang seniwati ini lakoni bersama-sama Jon Voight. Selain itu, saya mengikuti sedikit sebanyak perkembangan dirinya, antaranya perkahwinan (kemudian bercerai) dengan raja media, Ted Turner, pembabitan beliau sebagai aktivis politik, dan autobiografinya, My Life So Far  yang masih saya belum belikan.

Berbeza dengan kebanyakan seniwati veteran lain, yang hidup mati mereka semata-mata dalam dunia hiburan, lalu mereka hidup kesepian pada hari-hari tua mereka, Jane Fonda sentiasa memastikan ruang kehidupannya sentiasa terisi, antaranya melalui penampilannya sebagai guru kecerdasan:  memberikan petua untuk hidup sihat sepanjang masa

"Apabila saya semakin tua," Jane memberitahu dalam satu program televisyen, "saya sedar bahawa saya terlalu gembira.  Saya tidak menjangkakan semua ini.  Saya tidak gembira ketika saya muda."  Kasih sayang dan kemesraan sebenar, jelas beliau lagi, "menjadi lebih mungkin apabila anda semakin tua," meskipun beliau tidak akan berkahwin semula selepas tiga kali menjanda.

Baru-baru ini, Fonda mendedahkan dalam majalah Hello tentang pengalaman  kehidupan seksnya yang menyeronokkan dengan kekasih barunya, Richard Perry, yang  lima tahun lebih muda daripada dirinya. Pasangan tersebut hidup bersama-sama selama dua setengah tahun.  Jane menemui Perry ketika menerima rawatan pembedahan lutut.  Sejak itu, mereka hidup bersama-sama seakan-akan "berpisah tiada."

"Hanya perkara yang saya tidak pernah ketahui ialah kemesraan sebenar dengan lelaki, beritahu Jane.  "Hakikatnya, saya mahu menemuinya sebelum saya mati.  Hal ini berlaku dengan Richard, saya benar-benar rasa selamat bersama-sama dia  Kerap kali, apabila kami mengadakan asmara, saya melihat dia, seperti dia 30 tahun lalu." 

Walaupun sudah menjangkau usia 75 tahun, hakikatnya Jane Fonda tidak membiarkan dirinya kelihatan kerepot. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...