Artikel Popular

Tuesday, April 3, 2012

Zon Euro Dihantui Kemelesetan

SELASA, 3 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Data muram tentang Eropah, seperti yang dilaporkan, menunjukkan zon euro terhumban semula ke dalam  kemelesetan.  Pengangguran di zon ini meningkat kepada tahap tertinggi sejak tahun 1997, dengan 17 juta orang tanpa pekerjaan pada Februari, iaitu pada kadar 10.8 peratus, menyerlahkan kos yang membimbangkan krisis hutang yang berpanjangan. 

Pembuatan di zon euro jatuh selama lapan bulan berturut-turut kerana masalah di Greece dan Sepanyol merebak ke Perancis dan Jerman. Indeks Markit/Cips PMI jatuh kepada tahap rendah tiga bulan, iaitu 47.7 pada Mac.  Mana-mana angka di atas 50 menunjukkan sektor berkenaan berkembang, manakala angka di bawah itu menunjukkan sektor berkenaan menguncup.  

Hanya berita yang boleh dianggap gembira ialah outuput kilang di United Kingdom meningkat lebih pantas daripada yang dijangkakan pada Mac, merangsang harapan bahawa kemelesetan curam berganda masih dapat dielakkan. 

Pasaran buruh di zon euro dijangkakan terus sukar pada tahun 2012.  Permintaan domestik terjejas akibat pasaran buruh yang sukar dan langkah jimat-cermat yang ketat.  Suku pertama dan kedua tahun 2012 akan menunjukkan penguncupan diikuti oleh sedikit pemulihan. 

Ekonomi Eropah terbenam dalam krisis fiskal lebih dua tahun, memaksa syarikat memotong pekerjaan dan mengasak ekonomi dari Sepanyol ke Ireland  terhumban ke dalam kemelesetan.    Jimat-cermat yang dilaksanakan oleh Sepanyol tidak akan  menyelesaikan krisis hutang. Meskipun para pemimpin Eropah membantu Greece dengan pakej penyelamat kedua pada bulan lalu, sentimen ekonomi secara tidak dijangkakan jatuh pada Mac.  Sementara Suruhanjaya Eropah meramalkan ekonomi zon euro menguncup 0.3 peratus tahun ini. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...