Artikel Popular

Saturday, April 14, 2012

Kebekuan: Ekonomi Kapitalis-Monopoli Matang

SABTU, 14 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pemulihan yang lemah, pertumbuhan yang perlahan, dan pengangguran yang tinggi menandakan bahawa ekonomi terpasung dalam kebekuan. Sekurang-kurangnya sejak akhir tahun lalu, sebilangan penggubal dasar dan ahli ekonomi merasakan bahawa ekonomi global, khususnya Barat akan mengalami nasib yang pernah dialami oleh Jepun: "dekad yang hilang."

Monthly Review dalam keluaran bulan ini, melalui "Notes from the Editors" mengingatkan bahawa "sejak berdekad-dekad kami menegaskan bahawa kebekuan merupakan keadaan normal dalam ekonomi kapitalis-monopoli matang.  Kini, hakikat kebekuan semakin mendapat perhatian media korporat itu sendiri" sambil memetik The New York Times, "In Europe, Stagnation as a Way of Life."

Editorial itu membangkitkan bahawa bagi mereka yang sudah menjadi betah untuk berfikir tentang ekonomi kapitalis sebagai, sama ada tumbuh dengan pesat ataupun sekali-sekala terjebak ke dalam krisis yang teruk (daripada krisis ekonomi itu bangkit segera), kebekuan jangka panjang adalah sukar untuk memahami fenomena.

Kebekuan kronik dalam kapitalisme yang matang biasanya, jelas editorial itu, "membawa kepada pengagihan semula pendapatan dan kekayaan secara sistematik ke arah golongan kaya, digerakkan oleh negara."

Orang ramai di mana-mana sahaja bahas editorial itu, semakin sedar akan perlunya solidariti antarabangsa dalam menentang keadaan kebekuan yang teruk, financialization, dan neoliberalisme yang bersekongkol dengan zaman kini  modal kewangan-monopoli. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...