Artikel Popular

Sunday, April 22, 2012

Euro Tidak Berbaloi Diselamatkan

ISNIN,  23 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Ketika zon euro terus bergelut dengan krisis,   Greece pula memerlukan pelan penyelamat kedua, dan di negara itu dan Italy, pemimpin demokrat ditukarkan oleh teknorat, antara komen atau pandangan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak: Greece tidak wajar diselamatkan; biarkan negara itu mungkir dan keluar dari zon euro; euro tidak berbaloi diselamatkan; biarkan zon mata wang bersama itu berkecai.

Tatkala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  memohon sumbangan kewangan daripada beberapa buah negara untuk  dinding kebakaran, dan di tengah-tengah kemelesetan dan kehampaan ekonomi, masih  kedengaran komen bahawa euro tidak berbaloi diselamatkan.  Yang terbaharu ini datangnya daripada Matthew O'Brien yang menulis dalam The Atlantic. Beliau membahaskan bahawa di Eropah, dasar fiskal lebih penting daripada dasar monetari yang merupakan cara terbaik untuk mengurus ekonomi.

"Apabila sebuah bank pusat menetapkan kadar faedah untuk negara yang berbeza dengan keperluan ekonomi yang berbeza dan belanjawan berbeza," hujah O'Brien, "dasar fiskalnya lebih penting. Tidak ada cara lain untuk menstabilkan ekonomi."

Beliau menyalahkan Bank Pusat Eropah (ECB) yang mengamalkan dasar "satu saiz padan untuk semua."  Kadar faedah bermakna untuk Jerman, tetapi tidak benar-benar bermakna untuk negara lain.  Paling teruk, ECB melaksanakan dasar "satu saiz tidak padan."  Kadar faedah tidak bermakna untuk setiap negara, iaitu terlalu rendah untuk Jerman, tetapi terlalu tinggi untuk Sepanyol.  "Justeru," tegas O'Brien, "dasar monetari sebenarnya menyahstabilkan ekonomi dan bukannya menstabilkan ekonomi.  Ledakan dan pecah menjadi sangat besar.  Hal ini menyebabkan setiap negara menggunakan perbelanjaan kerajaan untuk meringankan kedua-duanya."

Akibat menyertai zon euro,  negara berkenaan, Sepanyol misalnya,  tidak boleh menaikkan atau  kadar faedah untuk memperlahankan ekonomi, iaitu pada tahun 2005, apabila pengangguran rendah dalam dua tempoh dekad, harga rumah melambung.

Hal ini, jelas O'Brien, menunjukkan kepada kita  bagaimana tidak berfungsinya  euro  dalam bentuk mata wangnya. Bukannya krisis tidak bersedia menunjukkan kita banyak masa telah berakhir. "Saya tidak membawa berita apabila saya memberitahu anda bahawa Eropah tidak mempunyai institusi yang diperlukan untuk menjadikan euro berfungsi.  Jika euro berfungsi, nescaya krisis tidak berlaku.  Malangnya, para pemimpin Eropah tidak banyak mencapai kemajuan terhadap isu yang sangat besar ini.  Orang selalu berkata bahawa kos untuk memecahkan euro adalah terlalu tinggi  Mereka pasti betul.  Akan tetapi, kos untuk hidup dengan euro telah pun terlalu tinggi."

Dalam tulisannya itu,  O'Brien memetik The Economist bahawa banyak penggubal dasar Jerman dan beberapa anggota awam ("orang Jerman), silap mengubati krisis kerana krisis ini bukan (secara eksklusif) mengenai dasar fiskal, tetapi lebih mengenai makroekonomi kompleks kesatuan mata wang suboptimum, dan mengenai Eropah secara keseluruhan yang gagal mengenal pasti cabaran ini dekad pertama euro. 

Sebelum ini, O'Brien menulis, juga  dalam The Atlantic bahawa ubat Jerman membunuh Eropah.  Benua itu banyak mempunyai masalah, tetapi satu masalah yang Eropah tidak ada ialah pengangguran yang terlalu rendah, manakala jimat-cermat yang dilaksanakan gagal dengan sendirinya. 

Sementara O'Brien menegaskan bahawa euro tidak berbaloi diselamatkan, Andrew Moravcsik yang menulis dalam The New York Times, mempunyai pendirian yang berbeza, iaitu beliau masih meletakkan harapan terhadap Eropah.  Dengan menulis Eropah selepas krisis, ekonomi benua itu sepatutnya lebih tertumpu.  Namun, beliau juga mengakui bahawa mengenakan kos primer pemulihan terhadap negara yang defisit dalam bentuk jimat-cermat berkemungkinan gagal kedua-duanya, iaitu dari segi pragmatik dan politik. Ekonomi tanpa pertumbuhan tidak dapat menyokong atau memapan pengurangan cukai atau pembaharuan struktur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...