Artikel Popular

Monday, April 16, 2012

Ekonomi Internet

SELASA, 17 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tatkala pertumbuhan ekonomi beberapa buah negara masih muram, misalnya yang terbaharu, Britain yang dijangkakan hanya tumbuh 0.4 peratus pada tahun ini, krisis zon euro beralih ke Sepanyol, dan pasaran pula terumbang-ambing, Intrernet didapati memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara.  

Laporan ini muncul tatkala Internet dikatakan semakan terancam, manakala kerajaan China, seperti dibahaskan oleh Ai Weiwei, berusaha untuk menewaskan Internet, yang turut dipetik oleh Emma Barnett. 

Dalam carta hariannya, The Economist, menyatakan bahawa di negara G20, ekonomi Internet akan berkembang lebih 10 peratus setahun untuk lima tahun akan datang, dan pada tahun 2016, mencecah AS$4.2 trilion atau 5.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkat daripada AS$2.3 bilion dan 4.1 peratus KDNK pada tahun 2010.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh Boston Consulting Group (BCG), wujud perbezaan antara negara.  Britain dikatakan merupakan peneraju, dengan ekonomi Internet negara itu kini lebih besar daripada sektor pembinaan dan pendidikan, terutamanya kerana kepopularan e-dagang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...