Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Jumaat, 27 Januari 2023
Sejak tahun 2010-an, bayang-bayang Perang Dingin Baharu mula kelihatan, dengan tumpuan terhadap tindak-tanduk Rusia di bawah Putin. Tiba-tiba sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan beralih kepada China, yang seperti yang dibincangkan dalam beberapa bahagian sebelum ini merupakan kuasa ekonomi dunia dan merupakan pesaing utama terhadap Amerika Syarikat yang sedang merosot. Selain itu, China semakin bersikap mendesak di rantau ini sehingga tidak disenangi oleh beberapa buah negara jirannya, dari India ke Australia. Berikutan kejayaannya membendung pandemik COVID-19 dan kegagalan Amerika Syarikat membendung pandemik ini, China mula menjaja ke seluruh dunia bahawa autokrasi lebih baik daripada demokrasi.
The Editors dalam Monthly Review keluaran Disember,
2020 menegaskan bahawa Amerika Syarikat kini dalam Perang Dingin Baharu dengan
Rusia dan China, dengan semakin tertumpu pada China. Bagi Rusia, bermulanya Perang Dingin Baharu
adalah akibat langsung strategi imperial Barat yang dituntun oleh Amerika
Syarikat ketika dekad-dekad yang menyusuli kematian Kesatuan Soviet. Dalam
kekosongan yang ditinggalkan kehilangan Soviet dari pentas dunia, strategi
besar Amerika Syarikat yang dirumuskan oleh
Paul Wolfowitz tidak lama selepas Perang Teluk dengan Iraq adalah ditujukan
pada pengembangan lingkungan dominan geopolitik, dalam usaha untuk mewujudkan
kuasa ekakutub kekal. Ini mengambil
bentuk satu demi satu peperangan, campur tangan ketenteraan, dan taktik politik
kekerasan, ditujukan ke kawasan yang sebelum ini menjadi saingan antara
adikuasa (termasuk bahagian Timur Tengah), di samping mengandungi negara dalam
lingkungan geopolitik Soviet atau sebelum ini bahagian Kesatuan Soviet.
Walau bagaimanapun, pengembangan
lingkungan geopolitik Amerika Syarikat akhirnya menanggung anjak belakang yang
teruk, berhadapan dengan kemunculan Rusia, semasa di bawah Putin, sekali lagi memperoleh semula status kuasa besar yang
mencabar kuasa kapitalis. Dalam respons
terhadap rampasan kuasa politik yang disokong oleh NATO di Ukraine pada tahun
2014, Rusia mengilhakkan Crimea dan mencuba untuk melindungi rakyat Rusia di Ukraine Timur dan menutup
sempadannya dengan Ukraine menerusi campur tangan terhad, secara keseluruhannya
terselindung. Washington ini
menggambarkan ini sebagai tindakan utama pencerobohan, mewajarkan untuk
meningkatkan sekatan terhadap Rusia.
Pada tempoh yang sama, Rusia berjaya menewaskan percubaan NATO untuk
menggulingkan pemerintah Syria.
Dari
mula lagi, pentadbiran Trump mencuba detente dengan Rusia, dengan matlamat mencetuskan
Perang Dingin Baharu dengan China, yang dilihat sebagai ancaman paling
besar. Perang Dingin Baharu yang berkait
dengan China menunjukkan konflik lebih serius berbanding dengan Rusia, kerana
ini melibatkan cabaran langsung terhadap hegemoni Amerika Syarikat terhadap
ekonomi dunia.
Dalam
keluaran khas Julai – Ogos 2021, yang liputan utama “Perang Dingin terhadap
China,” The Editors, mencatatkan bahawa tempoh
perpecahan China-Soviet bermula lewat tahun 1950-an dan kebangkitan China dari segi menyahstabilkan tatanan kapitalis global. Editorial itu juga membangkitkan Krisis
Kewangan Besar yang muncul di Wall Street pada 2007 – 2009 mencongkan seluruh
ekonomi dunia, melemahkan, melemahkan kepercayaan terhadap seluruh dunia
kapitalisme. China bertindak balas
dengan meningkatkan kawalan negara
terhadap kewangan, rangsangan ekonomi utama, dan transformasi dalam proses
perancangan pusatnya, dan dengan itu, pulih dengan pantas daripada krisis itu. Keadaan
ini membawa pengukuhan kemunculan tradisi kritis, mencabar pemikiran neoliberal
yang sedang berkembang.
Dalam
Monthly Review
keluaran Disember 2022, The Editors mendedahkan pelan Perang Dingin Baharu, Presiden
Joe Biden. The Editors merujuk U.S. National
Security Strategy baharu yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Oktober 2022, yang
merupakan dokumen suka berperang yang menunjukkan anjakan drastic daripada Interim National Security
Strategic Guidance, yang dikeluarkan oleh pentadbiran yang sama, pada tahun
sebelumnya. Dalam prakata laporan tahun 2022, Biden menyatakan, “Era
pasca-Perang Dingin berakhir secara muktamad” dan digantikan oleh “persaingan
strategik” antara kuasa besar global: perjuangan antara demokrasi dengan autokrasi untuk mengawal dunia. Meskipun “autokrasi”
muncul sekali dalam Interim
National Security Strategic Guidance,
perkataan itu kini muncul secara praktik dalam setiap halaman, yang
mencerminkan ideologi Perang Dingin Baharu yang dilaksanakan oleh keselamatan
negara Amerika Syarikat.
Dalam
National Security Strategy terbaru ini bagi Amerika Syarikat, ideologi
sekali lagi di barisan depan, meskipun tidak dinyatakan dengan jelas dari segi kapitalisme lawan komunisme,
seperti yang berlaku ketika Perang Dingin Lama, tetapi sebaliknya demokrasi lawan autokrasi,
yang mentakrifkan Perang Dingin Baharu. Pemimpin kem autokratik, seperti yang
direka bentuk oleh Washington ialah Republik Rakyat China dan Rusia, disusuli
oleh “kuasa autokratik kecil,” seperti Kora Utara, Iran, Venezuela, Cuba, dan
Nicaragua.
Untuk
perincian, si[a rujuk: https://monthlyreview.org/2022/12/01/mr-074-07-2022-11_0/
No comments:
Post a Comment