Artikel Popular

Thursday, April 12, 2012

Mumbai: Kota yang Paling Mahal untuk Warga Tempatan

KHAMIS, 12 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Selepas didedahkan  negara yang  biadab terhadap pelancong asing dan  tempat yang paling menarik untuk didiami, seterus  kita  diberitahu  tentang  kota  yang  paling   mahal untuk warga tempatan diami. 


Jordan Weissmann yang menulis dalam The Atlantic membangkitkan persoalan berapa kos untuk warga tempatan purata untuk membeli pangsapuri mewah di kota paling penting di dunia? Di Singapura, jelas beliau, memerlukan empat dekad pendapatan. Di Shanghai, dua abad. Dan di Mumbai, mereka memerlukan tiga abad kerja keras untuk memiliki pangsapuri itu. 


Beliau memetik Bloomberg bahawa warga India purata akan perlu bekerja tiga abad untuk membeli rumah mewah di Mumbai, menjadikan kota itu kurang mampu di dunia untuk warga tempatan.  Kediaman mewah seluas 100 meter persegi di Mumbai berharga kira-kira AS$1.14 juta, atau 308 kali pendapatan tahunan purata di India. 


Para pembeli di Shanghai pula memerlukan 233 kali pendapatan purata di China dan penduduk Moscow memerlukan 144 kali perolehan Rusia.  Pembeli rumah di Singapura dan New York masing-masing memerlukan 43 tahun dan 48 tahun, untuk penduduk setara menggunakan purata pendapatan nasional. 


Harga rumah lokasi utama di Mumbai secara purata, AS$11,400 meter persegi, manakala kuasa beli perkapita India ialah AS$3700.  Harga kediaman di Shanghai ialah AS$19,600 meter persegi dan pendapatan rakyat China ialah AS$8400. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...