Artikel Popular

Saturday, April 14, 2012

Dari Colombia dengan Pelacuran

SABTU, 14  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Pada hujung minggu ini, iaitu dari 14 ke 15 April, Presiden Colombia, Juan Manuel Santos menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Amerika keenam, di kota Cartagena, Caribbean. Pertemuan hemisfera itu menandakan kembalinya Colombia yang muncul dari setengah abad peperangan gerila yang melumpuhkan, keganasan dadah dan politik, dan berusaha serius untuk menjadi pemain ekonomi dan diplomatik baru Amerika Latin. 

Bersempena sidang kemuncak itu, Time mengadakan wawancara dengan Santos, puak kanan-tengah yang seolah-olahnya membayangkan negaranya, Colombia mula meninggalkan imej buruk, iaitu kartel dadah, turut membincangkan pengurangan wilayah itu pada Amerika Syarikat dan peluang Colombia untuk mengukir perdamaian untuk menamatkan konflik yang panjang. Dalam wawancara itu juga beliau berbincang tentang Castro, kapitalisme, dan negaranya yang akan kembali semula.

Namun, kebanggaan Santos menjadi tuan rumah sidang kemuncak yang turut dihadiri oleh Presiden Barack Obama boleh dikatakan hanya seketika kerana seperti yang dilaporkan, berbelas-belas ejen Perkhidmatan Rahsia yang diamanahkan menjaga keselamatan Obama terpaksa dihantar pulang ke Amerika Syarikat kerana salah laku, iaitu terlibat dengan pelacuran di Cartagena.  


Berita salah laku itu mendapat liputan di sebelah menyebelah Atlantik, antaranya oleh The Washington Post, Los Angeles Times, The Guardian, dan The Independent.  Peristiwa itu   menunjukkan kecuaian pihak berkuasa Colombia "membersihkan" Cartagena daripada kegiatan yang tidak sihat yang tidak secocok dengan tarafnya sebagai tempat berlangsung sidang kemuncak serantau.  Salah laku agen berkenaan, seperti yang diulas oleh Nick Carbone dalam Time, pastinya mengaibkan Amerika Syarikat di sidang kemuncak serantau itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...