Artikel Popular

Friday, April 13, 2012

Belanja Sesuka Hati: Dari PIIGS ke NULJ

JUMAAT, 13 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Berikutan krisis hutang yang melanda zon euro lebih dua tahun lalu, beberapa negara di zon mata wang bersama itu dilabelkan dengan akronim yang menjijikkan, iaitu PIGS (Portugal, Ireland, Greece, dan Sapanyol), kemudian PIIGS dengan memasukkan Italy. Negara berkenaan dikatakan gemar berbelanja sesuka hati, "besar kerak daripada periuk," dan akibatnya, bukan sahaja negara tersebut, bahkan zon euro terpaksa bergelut dengan krisis hutang.

Namun,  The Economist melalui carta harian  mendedahkan bahawa empat buah negara lain, iaitu Jepun, New Zealand, Amerika Syarikat, dan Luxembourg (yang lazimnya dikenali sebagai NULJ) yang mempunyai pembiayaan awam yang teruk. Malangnya, kebanyakan orang tidak terbayangkan empat negara berkenaan kerana pertama, mereka tidak membayangkan horizon jangka panjang, dan kedua, negara tersebut mempunyai mata wang mereka sendiri, dan dengan itu, mereka mempunyai opsyen mengembungkan hutang sekehendak hati jika penyatuan yang perlu menjadi terlalu menyakitkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...