Artikel Popular

Sunday, January 13, 2013

Wang Dapat Membeli Kegembiraan?

AHAD, 13  Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ada wang semua boleh jadi.  Tidak ada wang apa-apa pun tidak boleh jadi.  Ada wang, cik adik sayang.  Tidak ada wang, cik adik melayang.  Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin (melarat). 

Mampukah wang membeli kegembiraan?  Sementara kegembiraan pula  pernah dicadangkan supaya menjadi ukuran menggantikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  Persoalan tersebut pernah dibahaskan oleh Jacquelyn Smith dalam Forbes  bahawa apabila seseorang mendaki tangga korporat dia memperoleh lebih banyak wang, tetapi juga lebih stres dan lebih banyak kerumitan yang menyebabkan dia kurang gembira pada pekerjaannya.  

Namun, hujah beliau, belum pasti, mungkin ya, mungkin tidak, memetik kajian baru oleh Careerbliss.com.  Kajian itu mendapati bahawa pekerja yang berpendapatan tinggi adalah gembira dalam semua aspek kehidupan pekerjaan mereka, dan bukan sekadar pampasan.  Terbukti bahawa menurut penyelidikan, wang membeli kegembiraan.

Sementara Derek Thompson  dalam The Atlantic, menegaskan wang dapat membeli kegembiraan dan kesejahteraan sambil memetik cerita ekonomi klasik tentang wang dan kesejahteraan.  Wang membeli kegembiraan, tetapi hanya pada tahap tertentu.  Sebaik-baik sahaja keperluan asas dipenuhin, wang tambahan mempunyai pulangan berkurangan (atau tidak tidak wujud.  Bahas Thompson, "Mungkin orang kaya menggunakan wang mereka untuk memasuki kawasan kaya, yang mereka rasakan tidak lagi kaya. Mungkin pendapatan relatif, iaitu berapa banyak yang anda ada berbanding dengan kawan anda, adalah lebih penting berbanding dengan pendapatan mutlak, iaitu berapa banyak wang yang anda ada."  (Huruf condong adalah oleh beliau sendiri.)

Melampaui kegembiraan adalah mengenai jenayah yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan ketidaksamaan.  Justeru, untuk membanteras jenayah, bahas Mark Buchanan, tangani ketidaksamaan ekonomi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...