Artikel Popular

Friday, January 4, 2013

Beg Juga Dapat Berehat

JUMAAT, 4 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kami tiba di Hotel Double Tree di Anaheim, Orange County, pada pukul 7.15 malam.  Seperti biasa, kami berkumpul di lobi menunggu pemandu pelancong menyerahkan kunci bilik masing-masing.  

Di sini kami akan menginap empat malam - paling lama jika dibandingkan dengan penginapan sebelum ini.   Meskipun selama di sini kami mempunyai akan melawat tempat tertentu, seperti Disneyland, Universal Studio, Beverly Hill, dan beberapa tempat di Los Angeles, saya merasakan sekurang-kurangnya, saya tidak perlu mengusung, mengangkat beg  ke sana ke mari, turun naik hotel.  Pendek kata, beg dapat berehat seketika di dalam bilik hotel tatkala tuannya pergi bersiar-siar.Kadangkala lahir rasa kasihan memandangkan beg yang sarat dengan muatan ditarik, diheret tanpa menggunakan troli.

Sebaik-baik masuk ke dalam bilik hotel saya terus membuka setiap beg, mengeluarkan alat masak air, mi segera, dan kopi segera. Alat pengecas bateri dua kamera juga saya keluarkan.    Perut terasa lapar.  Isteri saya meminta saya memasak air untuk mi segera saya.  Untuk minuman kopi, saya menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam bilik itu.    Tatkala bas menghampiri Double Tree, kelihatan Wendy's berhampiran.  Kalau lapar, bolehlah ke sana.

Tidak memadai dengan sebungkus mi segera, tidak lama kemudian, saya dan isteri ke Wendy's untuk mencari makanan yang sesuai. Oleh sebab kami menggunakan "jalan singkat," tidak menggunakan lampu isyarat yang agak jauh sedikit, kami melintas jalan dengan berhati-hati.  Mana tahu, "malang tak berbau" pada waktu malam. Tiba di restoran itu, saya dapati beberapa orang anggota rombongan kami sedang menjamu selera.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...