Artikel Popular

Monday, January 14, 2013

Adakah Wajar Amerika Syarikat Dianggap Republik Pisang?

ISNIN, 14  Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam blog ini, iaitu pada tahun 2011, pernah dikatakan bahawa Amerika Syarikat dikenali sebagai republik pisang.  Hingga kini, perbahasan bahawa negara kuasa ekonomi terbesar di dunia ialah republik pisang, masih diketengahkan, misalnya oleh Henry Blodget,   Max Fisher, dan Andrew Sullivan.

Namun, David A. Graham yang menulis dalam The Atlantic mempersoalkan ketepatan mengatakan bahawa Amerika Syarikat republik pisang.  Dari segi sejarah, bahasa beliau, istilah tersebut muncul untuk menjelaskan mana-mana negar Amerika Tengah yang ekonomi bergantung pada pisang.  Istilah itu mencerminkan konotasi paling gelap tentang imperialisme ekonomi dengan kebangkitan United Fruit Companya, syarikat gergasi pertanian Amerika yang secara kejam mengeksploitasi para pekerja.  Secara lebih luas, hujah Graham, "republik pisang" selalu digunakan untuk menjelaskan mana-mana negara yang bergantung kuat pada sumber asli dan pertanian.

Amerika Syarikat, hujah Graham lagi, tidak memenuhi takrif tersebut dan pengeluaran pisang domestik terlalu rendah.  Beliau menyenaraikan negara pengeksport pisang di dunia, yang nyata Amerika Syarikat tidak tergolong, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:


Dalam kalangan negara tersebut, wujud negara yang mungkir, iaitu gagal menjelaskan hutang mereka sejak tahun 1990:  Ecuador (2000 dan 2008), Cote d'Ivore (2000), Cameroon (2004), dan Brazil (1990). 

Graham menegaskan bahaw tidak wajar Amerika Syarikat dianggap republik pisang semata-mata kerana kegagalan meningkatkan  siling hutang, yang jelas terbukti Kongres berbohong begitu lama tentang defisit persekutuan. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...