Artikel Popular

Tuesday, January 8, 2013

Terjemahan Serentak Melalui Komputer Hampir Menjadi Kenyataan

SELASA, 8 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Dalam edisi bercetak, The Economist mendedahkan bahawa bidang terjemahan akan mencapai kejayaan besar melalui penggunaan komputer, seperti yang pernah ditunjukkan dalam siri televisyen tahun 1960-an, iaitu Star Trek.

Beberapa pengumuman sejak beberapa bulan lalu daripada pelbagai sumber, antara Microsoft, menunjukkan peranti terjemahan serentak dapat dilaksanakan, meskipun belum lagi sempurna, kini hampir disiapkan.

Pada musim panas lalu, Will Powell, pereka cipta di London, menunjukkan sistem yang menterjemahkan kedua-dua belah pihak perbualan antara penutur bahasa Inggeris dengan penutur bahasa Sepanyol jika mereka bertutur dengan sabar dan bercakap perlahan.

Pada bulan November, NTT DoCoMo, penguasa mobil terbesar di Jepun, memperkenalkan khidmat yang menterjemahkan panggilan telefon antara bahasa Jepun dengan bahasa Inggeris, Cina atau Korea.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...