Artikel Popular

Wednesday, April 11, 2012

Negara yang Biadab terhadap Pelancong

KHAMIS, 12  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Beberapa hari ini menyaksikan laporan demi laporan dikemukakan, antaranya World Happiness Report yang beberapa kali diketengahkan dalam blog ini, 10 tempat terbaik untuk didiami, dan  negara yang rakyatnya kuat makan.  Sementara  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan World Economic Outlook terbaharu, yang antaranya menekankan supaya kerajaan sepatutnya membantu gadai janji demi mengelakkan kemerosotan yang berpanjangan.

Pastinya, yang tidak kurang menarik, laporan tentang rakyat di sesebuah negara yang didapati bersikap biadab terhadap para pelancong asing, yang tempat tertinggi ialah Perancis, meskipun kota Paris sering menjadi daya tarikan mereka.  Tinjuan yang dilakukan oleh Skyscanner.com menyatakan para pengguna tapak cariannya memberitahu bahawa penduduk tempatan tidak pernah senyum dan orang ramai, terutamanya tidak ramah, dan negara yang diundi paling biadab ialah Perancis. 


Seperti  yang diterbitkan dalam Forbes, menyatakan bahawa tinjauan itu menerina lebih 1200 respons, iaitu 65 peratus dari United Kingdom dan Ireland, dicampur beberapa tempat lain di Eropah, Amerika Utara, dan Australia. Lima negara teratas yang biadab yang menyertai Perancis, ialah Rusia, United Kingdom, Jerman, dan "Lain-lain," manakala China dan Amerika Syarikat masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh. 


Rusia dikatakan biadab kerana bahasa Rusia tidak sesopan bahasa Inggeris, maka apabila orang Rusia menterjemahkan secara langsung daripada bahasa Rusia kepada bahasa Inggeris, maka boleh kedengaran kasar untuk penutur bahasa Inggeris, meskipun mereka tidak berniat demikian.


Daripada 34 buah negara tersenarai, enam negara didapati penduduk tempatan kurang biadab, iaitu Brazil, Carribean, Filipina, Thai, Portugal, dan Indonesia - nampaknya dikuasai oleh negara Asia Tenggara. 


Bagaimana Malaysia yang kadangkala berlaku beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan terhadap pelancong asing? 


NationalityPercentage of votes
French19.29
Russian16.56
British10.43
German9.93
Other6.37
Chinese4.3
American3.39
Spanish3.15
Italian2.24
Polish2.24
Turkish2.15
Indian1.9
Swiss1.9
Greek1.74
Croatian1.57
Austrian1.41
Cypriot1.24
Egyptian1.24
Korean1.24
Norwegian0.99
Australian0.91
Dutch0.83
Irish0.83
Swedish0.83
Japanese0.66
Danish0.5
Canadian0.41
New Zealander0.41
Indonesian0.41
Portuguese0.33
Thai0.25
Filipino0.17
Caribbean0.08
Brazilian0.08

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...