Artikel Popular

Saturday, June 15, 2013

Wanita: Naik "Stim" Ketika Bersalin dan Punca Putus Haid

SABTU, 15  Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




"Sedap berdua sakit seorang," demikian gambaran tentang  kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh wanita ketika melahirkan anak. Sebaliknya, orang lelaki dikatakan  hanya "tahu seronok."

Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa di sebalik segala kesakitan itu, sesetengah wanita "naik stim" semasa mereka mengerang kesakitan untuk beranak.  Kajian yang dijalankan di Perancis oleh ahli psikologi Thierry Postel,  dipetik oleh Lizzie Crocker dalam The Daily Beast, melibatkan 956 orang bidan di negara itu, dengan soal selidik dalam talian tentang kelahiran orgasmik, dan Poster menerima 109 kajian lengkap daripada bidan yang secara kolektif membantu 206,000 kelahiran.  Bidan berkenaan melaporkan 668 kes yang ibu memberitahu mereka merasakan "sensasi orgasmik" ketika bersalin, 868 kes ibu yang menunjukkan tanda keseronokan, dan sembilan ibu mengesahkan mereka mengalami orgasma dalam erti kata yang sebenar.

Satu kajian lain, yang dipetik oleh Los Angeles Times bahawa wanita putus haid berpunca daripada lelaki yang mengutamakan wanita muda.  Dalam istilah evolusi, mengapa wanita hilang kesuburan apabila mereka semakin  tua. Dari segi teori,  kajian itu menunjukkan bahawa akibat  skim mengawan apabila lelaki mengubah keutamaan mereka kepada wanita yang lebih muda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...