Artikel Popular

Saturday, June 8, 2013

Greece: IMF dan Suruhanjaya Eropah Bertelagah

SABTU,  8  Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sejak krisis hutang kedaulatan melanda Eropah, wujud ketegangan  dalam kalangan troika, iaituTabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di satu pihak, dengan Suruhanjaya Eropah dan Bank Pusat Eropah (ECB) di satu pihak yang lain.  Hal ini  diakui sendiri oleh IMF baru-baru ini dalam melaksanakan pelan penyelamat untuk Greece apabila organisasi yang beribu pejabat di Washington itu mengakui kesilapannya.

Walau bagaimanapun, pengakuan IMF itu tidak disenangi oleh Suruhanjaya Eropah, yang melalui jurucakapnya, Simon O'Connor menjelaskan:  "tidak bersetuju dari segi asas" dengan IMF dari segi dua perkara pokok yang dibangkitkan oleh institusi Washington itu bahawa hutang Greece sepatutnya disusun semula pada awal krisis lagi dan suruhanjaya gagal melakukan secukupnya tentang pembaharuan struktur di Greece.

Penyusunan semula hutang lebih awal, jelas O'Connor, boleh mencetuskan "jangkitan sistemik" di seluruh zon euro.  Dari segi pembaharuan struktur, jelas beliau lagi, "hal ini silap sama sekali  dan tidak berasas."  

Dalam laporannya itu, IMF menuduh Eropah tidak berpengalaman dan ametur dalam pendekatan mereka.  Simon Johnson yang mengulas laporan tentang Greece, menegaskan bahawa IMFcacat, tetapi Kesatuan Eropah lagi teruk. "Hakikatnya, staf IMF memahami sepenuhnya," tulis Johnson, "tetapi tidak boleh bercakap secara terbuka tentang keterukan dan seriusnya kelemahan di kawasan euro yang mengancam bukan sahaja Greece, tetapi juga semua Eropah pinggir hari ini."

Kerajaan Perancis dan Jerman, tegas beliau, sepatutnya bertanggungjawab terhadap keterukan kemelesetan di Greece, dan kerana kesukaran yang amat sangat dikenakan terhadap penduduk yang mudah terjejas di seluruh pinggiran yang kesusahan itu."

Bagi zon euro pula, menurut ECB, kemelesetan yang dialami pada tahun ini adalah teruk, iaitu menguncup 0.6 peratus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...