Artikel Popular

Tuesday, June 4, 2013

Michael Douglas: Seks Oral dan Kanser Tekak

SELASA, 4 Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Tidak berapa lama selepas +Angelina Jolie  memberitahu bahawa beliau terpaksa membuang buah dadanya semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya daripada risiko kanser buah, melalui tulisannya dalam The New York Times,  pelakon terkenal, +Michael Douglas  mendedahkan punca  kanser tekak yang beliau hidapi selama ini.  Penyakit tersebut, menurut pelakon Basic Instinct itu berpunca daripada seks oral dan bukannya kerana merokok dan mengambil minuman keras.

Sebagaimana pemberitahuan Angelina Jolie tentang kanser buah dada yang mendapat liputan yang meluas, demikian juga pengakuan Michael Douglas melalui wawancara dalam The Guardian,  seperti yang dapat dilihat dalam Daily Mail, Daily Beast, dan  Salon. 

J. Bryan Lowder yang menulis dalam Slate, cuba membahaskan adakah kunilingus menyebabkan kanser tekak, seperti yang diberitahu oleh Douglas: melakukan seks dengan teman wanitanya.  Lowder yang  tidak menolak kemungkinan tersebut, tetapi tidak muktmad apabila beliau merujuk kepada human papillomavirus (HPV) yang boleh dipindahkan menerusi seks oral, dan kanser oroforing.  HPV muncul dalam lebih 100 jenis yang berbeza, tetapi sebilangan kecil, seperti HPV-16, adalah dalam kalangan yang membawa risiko tinggi menyebabkan kanser. Kebanyakan jenis itu tidak menyebabkan simpton, dan kebanyakan orang dewasa yang aktif mengadakan hubungan seks terdedah pada satu atau lebih jenis tersebut.

Sementara Alexandra Sifferlin yang menulis dalam Time, menegaskan memang benar bahawa seseorang boleh mendapat kanser tekak daripada seks oral.  Beliau juga merujuk kepada HPV yang merupakan penyakit yang dipindahkan secara seksual, boleh membawa kanser jika tidak dirawat. Akan tetapi, kehadiran HPV tanpa menunjukkan simpton. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...