Artikel Popular

Wednesday, June 5, 2013

Gallup Perjelaskan Kesilapan

RABU, 5 Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pilihan Raya Umum sudah sebulan lalu, meskipun muram durja dan keberangan masih belum reda. Sementara pihak yang menjalankan tinjauan pendapat semasa kempen untuk meramalkan siapakah yang akan menang, mengambil sikap mendiamkan diri, sama ada tinjauan mereka tepat ataupun sebaliknya.

Hal ini pastinya berbeza dengan  Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat apabila peninjau pendapat, seperti Gallup terus mencari kesilapan yang mereka lakukan, iaitu mengatakan bahawa +Mitt Romney mendahului +Barack Obama, meskipun kebanyakan peninjau pendapat yang lain mengatakan sebaliknya. Nyata bahawa jangkaan atau ramalan Gallup itu meleset sama sekali.  Obama bukan sahaja menang besar, bahkan juga menguasai pertarungan di negeri berayun, meskipun pertarungan dijangkakan sengit. Daripada sembilan buah negeri medan pertempuran yang disenaraikan oleh +The Huffington Post, kecuali North Carolina, semuanya dimenangi oleh Obama: Virginia, Ohio, New Hampshire, Colorado, Wisconsin,  Iowa, Nevada, dan bahkan Florida. 

Gallup yang berjanji akan memaklumi orang ramai tentang kesilapan mereka dalam tinjauan semasa pilihan raya tersebut, mengemukakan empat alasan.  Dalam laporan 17 halaman itu, yang dipetik oleh The Huffington Post, Gallup mengemukakan alasannya: kesilapan mengenal pasti kemungkinan pengundi, kurang wakilan wilayah tertentu, kesilapan wakilan kaum dan etnik, dan kaedah persampelan bukan piawai.

Apabila tinjuan pendapat dijalankan oleh badan profesional dan berpengalaman, seperti Gallup, mereka mengenal pasti dan mengakui kesilapan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...