Artikel Popular

Thursday, June 6, 2013

IMF: Jimat-cermat Membawa Kerosakan

KHAMIS,  6 Jun 2013
Oleh;  ZULKIFLI  SALLEH


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), sejak akhir-akhir ini mengakui bahawa langkah jimat-cermat yang dilaksanakan oleh banyak negara, terutamanya di Eropah, membawa kerosakan berbanding dengan kebaikan terhadap pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.  Bahkan, IMF menggesa beberapa buah negara, United Kingdom antaranya, agar meninggalkan pelaksanaan jimat-cermat.

Yang terbaharu, organisasi yang beribu pejabat di Washington itu mengakui bahawa mereka gagal menyedari kerosakan yang dibawa oleh jimat-cermat terhadap Greece.   Dalam penilaian pelan penyelamat yang dijalankan bersama oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan Suruhanjaya Eropah, IMF memaklumkan bahawa IMF dipaksa mengatasi peraturan biasa untuk menyediakan bantuan kewangan untuk menyalurkan ke Greece.  

IMF juga memaklumkan bahawa keyakinan pasaran tidak dipulihkan, sistem perbankan kerugian 30 depositnya, dan ekonomi menghadapi kemelesetan lebih teruk daripada yang dijangkakan dengan kadar pengangguran yang luar biasa.

Keterukan krisis ekonomi Greece, seperti yang dibahaskan oleh Yannis Palaiologos, dapat dilihat dengan jelas melalui krisis sampah-sarap. Dari segi politik, akibat krisis tersebut,  Greece menyaksikan kebangkitan parti neo-Nazi, iaitu Ufuk Keemasan, yang memperjuangkan, "Greece untuk orang Greece."

Dalam kalangan ahli ekonomi, Paul Krugman sentiasa gigih dan konsisten mengingatkan kerosakan yang berpunca daripada pelaksanaan jimat-cermat, meskipun beliau ada kalanya diperlekeh oleh pihak tertentu, misalnya golongan fanatik jimat-cermat.  Seperti yang dialami oleh Amerika Syarikat, jimat-cermat, dilaporkan, menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meskipun ekonomi negara itu, yang menurut Michael Tomasky, semakin kukuh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...