Artikel Popular

Tuesday, June 11, 2013

Negara dan Kota

SELASA, 11 Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ada dua kajian terbaharu, pertama, tentang  negara, dan kedua, tentang kota, yang masing-masing melibatkan jumlah hari cuti dan paling berdaya saing.

Menurut 24/7 Wall St., yang dipetik oleh The Huffington Post,  Austria ialah negara yang paling banyak mempunyai cuti, iaitu 35 hari, diikuti oleh Portugal dan Jerman, dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.  Negara lain yang tersenarai dalam lapan buah negara, ialah Sepanyol (keempat), Perancis (kelima), Belgium (keenam), Italy (ketujuh), dan New Zealand (kelapan).  

Akhbar Internet itu juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat, satu-satu negara maju di dunia tanpa satu pun undang-undang yang diperlukan untuk hari cuti atau percutian yang dibayar upah atau gaji.  Menurut undang-undang, setiap negara dalam Kesatuan Eropah mempunyai sekurang-kurangnya empat minggu kerja yang cuti dibayar upah atau gaji.

Dari segi  paling berdaya saing di dunia  pula, wujud 17 buah kota, menurut  Business Insider, dengan New York menduduki tangga paling atas, diikuti oleh London, Singapura, Hong Kong, dan Tokyo.  Kota lain yang turut tersenarai dalam 10 buah teratas ialah Sydney (keenam), Paris (ketujuh), Stockholm (kelapan), Chicago (kesembilan), dan Toronto (ke-10).  Kota Asia juga dianggap paling berdaya saing ialah Taipei (ke-12) dan Seoul (ke-15). 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...