Artikel Popular

Saturday, April 21, 2012

Revolusi Perindustrian Ketiga

SABTU, 21 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Jeremy Rifkin yang menulis dalam The Huffington Post mengulas keluaran terbaharu The Economist, yang memberikan liputan terhadap Revolusi Perindustrian Ketiga. Para editor dan pemberita majalah itu mengemukakan laporan yang membangkitkan semangat tentang percantuman antara muka antara teknologi maklumat (IT) dengan pembuatan yang membenakarn setiap orang menjadi pembuat mini sendiri.  

Kini, jelas Rifkin, menjadi kemungkinan untuk mereka bentuk perisian yang akan mengarahkan penciptaa produk fizikal, lapis demi lapis, yang menjengah pencetak sebagaimana kita sekarang lakukan dengan teks.  Percetakan 3-D telah pun digunakan dalam beberapa ratus buah syarikat untuk menghasilkan produk komersial. 

Namun, hujah beliau, apa yang editor The Economist terlepas pandang adalah bahawa percetakan 3-D hanya kecil, tetapi penting, bahagian Revolusi Perindustrian Ketiga yang besar yang akan bukan sahaja mengubah pembuatan, tetapi juga betul-betul cara kita melakukan keseluruhan kehidupan komersial pada suku pertama abad ke-21. Rifkin merujuk tulisnya dalam blog The Huffington Post pada 28 Mac, dan rencana utama The World Financial Review Mac/April, apa yang menjadikan percetakan 3-D kedua-duanya, iaitu boleh laksana dan revolusioner adalah kemunculan bersama-sama teknologi Internet dan tenaga yang boleh diperbaharui dalam intrastruktur Revolusi Perindustrian Ketiga yang baru.

Dalam era mendatang, jelas Rifkin, berjuta-juta buah rumah, pejabat, dan bengkel akan dilengkapi dengan IT yang sesuai dan tenagan yang boleh diperbaharui yang menghasilkan teknologi untuk menjanakan tenaga hijau mereka sendiri pada tapak, menggunakannya untuk menggerakkan operasi percetakan 3-D mereka sendiri, dan berkongsi mana-mana elektrik yang berlebihan merentas Internet elektrik hijau benua. 

"Para usahawan Revolusi Perindustrian Ketiga," tulis Rifkin, "akan mampu memasarkan produk mereka pada tapak Internet, seperti Etsy, yang hampir-hampir tanpa kos, dan menggunakan pengangkutan sel elektrik dan bahan api didayakan oleh tenaga hijau yang dijanakan pada tapak untuk menghantar barang siap ke pasaran serantau."


Dalam keluaran terbaharunya, The Economist, dengan liputan tentang Revolusi Perindustrian Ketiga, menegaskan pendigitan pembuatan akan mengubah cara barang dibuat dan mengubah politik kerja juga - menandakan cara lama menghasilkan produk akan berakhir.  "Kini, produk dapat direka cipta pada komputer dan 'dicetak' pada pencetak 3-D, yang mewujudkan objek padu dengan membina lapisan bahan berturut-turut. Reka bentuk digital dapat dipulas dengan hanya beberapa klik tetikus.  Pencetak 3-D boleh dijalankan tanpa perlu diperhatikan, dan dapat membuat banyak perkara yang terlalu kompleks bagi kilang tradisional untuk tangani. Pada sesuatu masa, mesin yang menakjubkan mungkin mampu melakukan hampir segala-galanya, di mana-mana sahaja, dari garaj anda ke kampung Afrika."

Sebagaimana semua revolusi, jelas makalah itu, revolusi terbaharu ini akan memusnahkan.  Teknologi digital telah menggegarkan industri media dan peruncitan, sebagaimana kilang kapas memusnahkan tenunan tangan dan Model T menyebabkan farrier tanpa pekerjaan. Banyak orang akan melihat kilang masa depan dan menggeletar.  "Kebanyakan kerja akan tidak lagi di lantai kilang, tetapi di pejabat yang berhampiran, yang penuh dengan pereka, jurutera, pakar IT, pakar logistik, staf pemasaran, dan golongan profesional lain.  Kerja pembuatan masa depan akan memerlukan lebih banyak kemahiran.  Banyak tugas yang membosankan dan berulang-ulang akan menjadi usang."

Revolusi ini, makalah itu mengingatkan bukan sahaja melibatkan bagaimana benda dibuat, tetapi juga di mana dibuat.  Kilang akan berpindah ke negara yang kos rendah untuk mengawal kos buruh.  Akan tetapi, kos buruh semakin kurang penting.

Melalui laporan khas dalam keluaran yang sama, yang ditulis oleh Paul Markillie, menegaskan apabila pembuatan menggunakan digital, ini akan mengubah semua pengenalan.  Dan, sesetengah perniagaan membuat benda akan pulang ke negara kaya.  Jika selama ini, ekonomi bidangan penting dari segi pengurangan kos pengeluaran, kini dengan pencetak 3-D, hal itu tidak penting lagi.

"Oleh sebab bilangan orang yang bekerja secara langsung dalam membuat benda berkurangan, maka kos buruh sebagai perkadaran jumlah kos pengeluaran akan berakhir juga.  Hal ini juga akan menggalakkan pembuat untuk memindahkan beberapa kerja balik ke negara kaya, paling tidak kerana teknik pembuatan baru menjadikannya murah dan cepat untuk bertindak balas terhadap cita rasa tempatan yang berubah."

Jika diperhatikan perdebatan tentang Revolusi Perindustrian Ketiga banyak persamaannya dengan ekonomi berasaskan pengetahuan yang dibincangkan secara meluas pada dekad terakhir abad lalu.  Kehadiran ekonomi berasaskan pengetahuan ini dijangkakan secara beransur-ansur menggantikan kilang-kilang, manakala pekerja berilmu dijangkakan menggantikan buruh. Hanya dalam Revolusi Perindustrian Ketiga, tumpuannya khususnya kepada teknologi 3-D yang mengubah proses pengeluaran sama sekali.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...