Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Inflasi lazimnya dikaitkan dengan kenaikan harga barang. Selain barang (juga perkhidmatan), boleh dikatakan jarang-jarang kedengaran tentang inflasi, sekurang-kurangnya dalam kehidupan orang kebanyakan.
Namun, The Economist dalam carta hariannya, mendedahkan "inflasi saiz" bahawa saiz pakaian untuk seseorang yang semakin membesar jika dibandingkan dengan masa lalu. Saiz sehelai seluar panjang wanita di Britain hari ini misalnya, empat inci lebih besar di pingggang jika dibandingkan saiz 14 pada tahun 1970-an, dan lebih tiga inci lebih besar di pinggul. Hal ini bermakna bahawa saiz 14 hari ini padan dengan saiz 18 dahulu.
No comments:
Post a Comment