Artikel Popular

Monday, April 2, 2012

Laut China Selatan: Gelora dalam Tenang

ISNIN,  2 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Selain mendedahkan bahawa beberapa buah negara di Asia Tenggara  memperkuat ketenteraan masing-masing, The Economist dalam keluaran sama, menyentuh suatu topik yang berkaitan dengan  tindakan negara jiran itu. Dalam "Full Unclosure," majalah itu memetik People's Daily yang mencatatkan bahawa Laut China Selatan "kini tenang dan aman." 


Walau bagaimanapun, The Economist berhujah bahawa Laut China Selatan juga masih menjadi pertikaian, dengan China dan lima buah negara lagi menuntut sesetengah atau semua pulau, batu, dan air. Laut ini juga menjadi punca permusuhan kuasa besar.  Amerika menyatakan "kepentingan negara" sendiri dari segi kebebasan pelayaran di laut itu, dan sebagaimana negara-negara Asia Tenggara yang menuntut laut itu, melihat China sebagai ancaman.

Jelas majalah itu, dua pertikaian yang paling aktif berkait dengan hak mencari gali apa yang mungkin merupakan rizab yang sangat besar, iaitu hidrokarbon, menyebabkan laut itu amat berharga, yang mencetuskan pertikaian antara China dengan China.  Sementara ke selatan laut ini, China membantah rancangan Filipina untuk membuka kawasan di beting Reed. 

Namun, People's Daily, seperti yang dipetik, berminat  menyalahkan Amerika bagi mana-mana ketegangan di Laut China Selatan.  Mengaburkan isu sebagai sebahagian strategi "kembali ke Asia, yang termasuk mengukuhkan hubungan dengan negara jiran China.

Laut China Selatan yang bergelora tidak dapat dinafikan dan semakin menjadi perhatian banyak pihak, tetapi The Diplomat baru-baru ini meletakkan harapan kepada Asean untuk menanganinya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...