Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pelan penyelamat, bahkan untuk Greece, sebanyak dua kali diberikan, langkah jimat-cermat yang teruk sehingga tidak ada lagi perbelanjaan yang dapat dipotong, pertukaran demokrat oleh teknokrat, seperti yang berlaku di Greece dan Italy, namun Eropah masih terbenam dalam lurah krisis.
Krisis yang berlarutan mendorong Jeremy Warner yang menulis dalam The Telegraph mengingatkan bahawa bukan sahaja terlalu awal untuk meletakkan harapan bahawa krisis zon euro akan berakhir, tetapi juga kelihatan naif. Krisis sekali lagi semakin teruk, dengan perhatian beralih dari Greece ke Sepanyol. Krisis zon euro, seperti yang diperhatikan oleh Larry Elliott dalam The Guardian, datang semula dan nampaknya enggan beredar.
Meskipun Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dilaporkan memuji usaha Eropah untuk menangani krisis hutang kedaulatan dan berkata bahawa "ruang bernafas" sepatutnya digunakan untuk menyempurnakan kerja pembaikian terhadap ekonomi global, hakikatnya benua itu sendiri "belum dapat bernafas."
Bahkan, Fareed Zakaria melalu kolumnya, mengakui Mario Draghi, ketua baru Bank Pusat Eropah (ECB), sebagai penyelamat sebenar Eropah, tetapi awal-awal lagi mengingatkan: "Jangan mula gembira. Saya tidak mengatakana bahawa Eropah telah menyelesaikan masalahnya. Meskipun berlaku urus janji baru-baru ini, Geece tidak mampu membayar balik pinjamannya dan akan menghadapi satu lagi penyusunan semula, iaitu perkataan istimewa untuk mungkir. Portugal mungkin mengalami nasib yang sama."
"Krisis" Eropah datang semula. Sebenarnya, krisis itu tidak pernah pergi jauh, dan tidak akan pergi jauh untuk beberapa tahun. Tulis Robert J. Samuelson dalam The Washington Post, "Masalahnya krisis itu amat dalam dan sentiasa merebak bahawa tidak wujud penyelesaian mudah atau yang jelas." Bahas beliau, "hutang dan defisit kerajaan di banyak negara tidak mapan, tetapi cara biasa memotong perbelanjaan dan menaikkan cukai, atau disebut 'jimat-cermat' menjadikan keadaan semakin teruk dengan mendalamkan lagi kemelesetan yang telah pun teruk" sambil mengingatkan, "Eropah terjebak dalam perangkap yang menjanjikan lebih banyak politik dan kekacauan sosial."
Samuelson memetik Jay Shambaugh, ahli ekonomi Georgetown University, yang menegaskan bahawa masalah Eropah amat sukar diselesaikan kerana masalah tersebut mencerminkan tiga krisis yang selari yang saling memarakkan antara satu sama lain. Pertama, wujud krisis perbankan. Kemudian krisis hutang kedaulatan. Dan, akhir sekali, krisis pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan yang rendah atau kemerosotan melanda kebanyakan 17 buah negara yang menggunakan mata wang euro.
"Setiap krisis," tulis Samuelson, "memburukkan krisis yang lain. Oleh sebab memegang portfolio besar bon kerajaan, maka takut akan nilai bon menjadi lemah dan mengancam kegagalan mereka. Bank yang lemah pula tidak menyediakan pinjaman perniagaan dan pengguna yang lebih daripada cukup untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Dan, pertumbuhan yang tidak bermaya atau tidak wujud menyusutkan hasil cukai dan menjadikan sukar untuk kerajaan untuk membayar hutang mereka."
Tatkala Eropah terus bergelut dengan krisis hutang yang berlarutan, maka beberapa bulan lalu, dibangkitkan bahawa krisis tersebut pernah diramalkan oleh Martin Feldstein pada tahun 1997, dan beliau pernah menulis perkara tersebut dalam Foreign Affairs.

No comments:
Post a Comment