Artikel Popular

Monday, April 9, 2012

Kegembiraan Lawan Keluaran

SELASA,  10 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Penerbitan  World Happiness Report pada minggu lalu, yang menyaksikan negara Scandinavia paling gembira,  menggalakkan lagi pencarian model sebagai alternatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kemungkinan digantikan oleh  Kegembiraan Negara Kasar yang diperkenalkan oleh Bhutan. Negara itu menerajui dunia untuk ekonomi baru kegembiraan dan mengajar seluruh warga dunia tentang kegembiraan.   

Kegembiraan bukan lagi sains yang muram, bahas The Economist, meningkatknya aktiviti ahli ekonomi (bukan ahli falsafah) yang mengkaji apakah yang membentuk kegembiraan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk meningkatkan kegembiraan. Majalah itu juga memetik The Washington Post berhubung dengan usaha untuk membentuk ukuran mengukur "kesejahteraan subjektif." 


Andrew Billo yang menulis dalam The Atlantic membahaskan adakah Kegembiraan Negara Kasar ukuran yang lebih baik berbanding dengan KDNK?  Dalam makalahnya itu, Billo membandingkan dua peristiwa yang berbeza yang mempunyai implikasi yang kuat antara satu sama lain,  iaitu mesyuarat  kesejahteraan dan kegembiraan  dan mesyuarat Asean yang  dipesongkan oleh pergolakan di Laut China Selatan, konflik terhadap sumber. 

Dalam paradigma ekonomi barunya, Perdana Menteri Bhutan, Jigmi Y. Thinley menggunakan "nilai asli dan modal sosial untuk mentaksirkan kos dan perolehan sebenar kegiatan ekonomi" dan mungkin merupakan jawapan untuk mengelakkan konflik di wilayah membangun dengan pesat di dunia. Kesejahteraan hanya dapat dicapai dengan mengelakkan pengurangan sumber, yang seterusnya meningkatkan keselamatan wilayah secara keseluruhan. 

Dalam makalah itu, Billo memetik Joseph Stiglitz bahawa "Memaksimumkan KDNK tidak sama dengan memaksimumkan kesejahteraan."  Tahap KDNK, yang selalu digunakan sebagai petunjuk pembangunan ekonomi, biasanya menanggung akibat sehingga menjejaskan masa lapang yang meningkat.


Dalam Bahagian II, laporan kegembiaraan dunia itu, dimuatkan "Kajian Kes: Bhutan - Kegembiraan Negara Kasar dan Indeks Kegembiraan Negara Kasar" yang ditulis oleh Karma Ura, Sabina Alkire, dan Tshoki Zangmo. Indeks tersebut, menurut mereka, menjelaskan asal-usul konsep Kegembiraan Negara Kasar, yang berakar umbi dalam budaya dan sejarah orang Bhutan, dan menjelaskan bagaimana konsep tersebut dioperasikan dalam bentuk Indeks Kegembiraan Negara Kasar dalam beberapa cara baru dan inovatif.  Apa-apa perbicangan tentang Kegembiraan Negara Kasar mesti bermula daripada pemahaman bahawa hal itu berbeza dengan kepustakaan Barat tentang "kegembiraan." 

Penulis berkenaan juga menjelaskan bahawa meskipun istilah "Kegembiraan Negara Kasar" diperkenalkan Raja Bhutan Keempat, konsep sebenarnya salunan yang lama wujud dalam Kerajaan Bhutan. 

Sembilan domain menyatakan dengan jelas unsur Kegembiraan Negara Kasar lebih lengkap dan membentuk asas Indeks Kegembiraan Negara Kasar.  Empat tonggak  awal Kegembiraan Negara Kasar dimasukkan sebagai sebahagian sembilan domain.  Tiga domain pertama adalah sangat lazim dari perspektif pembangunan insan, iaitu taraf hidup (seperti pendapatan, aset, perumahan), kesihatan, dan pendidikan.  Tiga domain yang seterusnya agak baru, iaitu penggunaan masa (dan kemiskinan masa), tadbir urus yang baik, dan pemulihan ekologi.  Sementara domain terakhir lebih inovatif, iaitu kesejahteraan psikologi (yang termasuk kegembiraan keseluruhan, tetapi juga emosi dan kerohanian), ketahanan komuniti, dan kepelbagaian dan pemulihan budaya.



Gambaran Keseluruhan Domain Kegembiraan Negara Kasar dan Pecahan Petunjuk


    Domain                                                                  Petunjuk


1  Kesejahteraan psikologi                                                4
2  Kesihatan                                                                    4
3  Penggunaan masa                                                       2
4  Pendidikan                                                                  4 
5  Kepelbagaian dan daya pemulihan budaya                     4                             
6  Tadbir urus yang baik                                                   4
7  Ketahanan komuniti                                                     4
8  Kepelbagaian dan daya pemulihan ekologi                     4
9  Taraf hidup                                                                  3
      Jumlah                                                                   33


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...