Artikel Popular

Tuesday, April 3, 2012

Mengejar Kekayaan

SELASA, 3 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist, mendedahkan sikap penduduk di beberapa buah negara terhadap kekayaan. Meskipun Thatcherisme menjadikan keinginan mengejar kekayaan secara terang-terang lebih boleh diterima di Britain, pandangan  ini secara am dianggap masih agak kasar, seperti yang ditunjukkan dalam European Social Survey.   Hanya 13.5 peratus rakyat negara itu berkata bahawa seseorang yang fikirkan adalah penting untuk menjadi kaya, memiliki wang dan barang berharga adalah "seperti saya."  Daripada 26 buah negara yang dikaji, Britain terletak di tengah-tengah.

Sementara negara Scandinavia didapati kurang individu seperti itu, diikuti oleh kebanyakan negara kaya di Eropah Barat.   Walau bagaimanapun, sikap tersebut berubah ke arah bahagian timur Eropah.  Penduduk miskin di negara bekas Komunis, seperti Rusia dan Ukraine didapati paling banyak ingin menjadi kaya, dan tidak ketinggalan Israel.  Orang Greece dan Ireland juga mengutamakan kekayaan, tetapi tidak dapat dipastikan, sama ada ini adalah kerana faktor kesusahan kewangan semasa, ataupun akibat langkah jimat-cermat yang teruk yang dilaksanakan baru-baru ini. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...