Artikel Popular

Wednesday, April 4, 2012

Pemerdagangan Manusia Sukar Dibendung

RABU, 4 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Syarikat gergasi Wall Street, iaitu Goldman Sachs dilaporkan menjual kepentinganya AS$30 juta  dalam Village Voice Media (VVM) berikutan pendedahan kolumnis The New York Times, Nicholas Kristof bahawa VVM merupakan "forum terbesar untuk pemerdagangan seks gadis bawah umur di Amerika Syarikat."  

VVM dalam responsnya mendakwa bahawa Kristof mendapat gambaran tentang Backpage.com.  Seterusnya, Kristof dalam reaksinya menyatakan "agak terperanjat" dengan penafian VVM berhubung dengan peranan dalam pemerdagangan seks itu. 

Di sebalik mitosnya, pemerdagangan manusia yang 15 tahun lalu tidak dipedulikan, kini semakin mendapat perhatian, menandakan gejala ini semakin serius dan sukar dibendung. Seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dipetik oleh The Huffington Post dan Time, bahawa 2.4 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa pemerdagangan manusia pada sesuatu masa, dan 80 peratus daripada mereka dieksploitasi sebagai hamba seks, manakala 17 peratus untuk tujuan buruh paksa, termasuk di rumah dan kilang peras tenaga. 

Setiap tahun, penjenayah yang tidak berprinsip ini memperoleh pendapatan AS$32 bilion dengan mengendalikan rangkaian pemerdagangan manusia, dan dua daripada setiap tiga  orang mangsa ialah wanita. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...