Oleh: ZULKIFLI SALLEH
China, pemegang asing terbesar untuk hutang Amerika Syarikat, mendesak Amerika supaya mengetatkan tali pinggangnya dan menghentikan "ketagihan hutang" selepas keputusan Standard & Poor's (S&P) menurunkan gred penarafan kredit Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. China kini memiliki hutang Perbendaharaan Amerika Syarikat bernilai AS$1.2 trilion, pemegang terbesar oleh mana-mana bank pusat.
Sementara para pemimpin global dilaporkan berlumba-lumba untuk membendung panik berikutan penurunan gred penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA kepada AA+. Berdasarkan kejatuhan besar dalam pasaran Arab Saudi, iaitu 5.5 peratus, maka dikhuatiri pasaran global pada Isnin ini akan lintang-pukang. Bagi pemimpin Eropah yang sesetengahnya menikmati percutian musim panas, mereka menerima berita buruk dengan tergamang, tetapi jangan terperanjat jika mereka menyebelahi Amerika kerana Kesatuan Eropah telah pun melancarkan perang terhadap agensi penarafan kredit. Reaksi Eropah dilihat agak selesa apabila pegawai Perancis, British, dan Rusia melahirkan keyakinan terhadap kredit Amerika Syarikat.
Bagi Presiden Barack Obama, beliau digasak dari kiri dan kanan, membangkitkan persoalan tentang kemampuannya untuk memenangi Rumah Putih untuk satu penggal lagi. Calon-calon Presiden daripada Republikan mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan mengkritik Obama yang menunjukkan kegagalan kepimpinan dan pentadbirannya. Dua parti utama Amerika saling menuding jari. Demokratik mengikritik Republikan kerana enggan mempertimbangkan kenaikan cukai yang boleh mengawal hutang negara. Republikan menyalahkan Demokrat kerana tidak mengambil serius tindakan untuk memperbaharui hak kelayakan dan menyalahkan Presiden Obama kerana membenarkan penurunan gred berlaku semasa pentadbirannya. Namun, John Solomon menyalahkan kedua-dua parti utama itu dan bagaimana S&P memberikan tamparan untuk mencemarkan lagi Kongres dan Presiden Obama. Demikian juga dengan Daniel Politi yang menganggap tindakan luar biasa agensi penarafan itu membawa maksud kritikan yang hebat terhadap politik Washington. Rumah Putih pula dalam reaksi terhadap penurunan gred yang berlaku pertama kali dalam masa 70 tahun menyeru musuh politik supaya bersatu untuk mengatur ekonomi dan menjamin masa depan fiskal negara itu.

Sejak S&P menurunkan gred itu, Paul Krugman, Penerima Hadiah Nobel Ekonomi, melalui blognya seakan-akan naik berang. Selain yang dipetik dalam tulisan sebelum ini, beliau terus muncul dengan menggasak agensi penarafan itu yang pernah memberikan markah yang tinggi kepada sebuah bank ketika bank itu condong kepada kemuflisan dengan memuatkan tulisan Stephen Taub, "Rating Itself: S&P Depends Lehman's "A" yang kemuflisannya mempercepatkan lagi dunia terhumban ke dalam kancah krisis kewangan. Dalam tulisan seterusnya, Krugman berhujah dari segi aritmetik yang bagi beliau, S&P (dan yang lain) begitu memikirkan angka jangka sederhana tentang kadar faedah dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang jika digabungkan memperlihatkan kos khidmat hutang. Akan tetapi, agensi penarafan itu, bahas beliau, tidak menjelaskan angka jangka sederhana: mungkin mereka fikirkan beberapa tahap kritikal hutang, tetapi mereka tidak tahu.
Kekeliruan S&P dalam mengemukakan angka, iaitu AS$2 trilion yang dipersoalkan oleh Perbendaharaan, turut disentuh oleh Amy Davidson yang menulis dalam blog The New Yorker, tetapi agensi itu tidak berganjak daripada menurunkan gred penarafan kredit. Dan, beliau mengingatkan akibatnya dengan menulis, "bukan sia-sia untuk mengatakan bahawa pada saat-saat krisis kewangan, matematik dan pertimbangan agensi penarafan akan membawa bencana, dan bukan tidak bersalah juga." Kevin Drum juga mempersoalkan ralat matematik AS$2 trilion yang dikesan oleh Perbendaharaan itu kerana S&P sepatutnya mempunyai paling stabil kecanggihan penganalisis kewangan di dunia ini. Lebih daripada itu, beliau menegaskana bahawa hutang Amerika, tidak pernah menghadapi mana-mana risiko.
S&P menurunkan gred bukan kerana Amerika gagal membayar pemiutang tepat pada masanya atau kerana Amerika mungkin gagal membayar hutangnya pada akhir 2012 jika Republikan Tea Party sekali lagi menjadikan negara tebusan apabila mereka mengundi untuk menaikkan siling hutang. Bahas Robert Reich, "S&P menurunkan gred Amerika Syarikat kerana agensi penarafan itu tidak fikir kita pada laluan untuk mengurangkan hutang negara yang cukup untuk memuaskan S&P, dan kita tidak melakukan dengan cara yang S&P utamakan." Pencerobohan S&P ke dalam politik Amerika juga aneh kerana, tegas Reich, kebanyakan hutang semasa kita, secara langsung atau tidak langsung adalah kerana kegagalan S&P (bersama-sama kegagalan dua lagi agensi penarafan utama itu) menjalankan tugas mereka sebelum kegawatan kewangan. "Hingga di ambang keruntuhan, S&P memberikan penarafan tiga A kepada beberapa syarikat di Wall Street."
Selain Presiden Obama serta pentadbiranya dan pada takat tertentu Republikan dipersalahkan akibat penurunan gred ini, motif S&P turut dipersoalkan. Hal ini demikian, kerana seperti yang ketahui umum dan dibahaskan oleh Dean Baker, S&P dan agensi penarafan lain bersekongkol dengan beberapa syarikat di Wall Street yang bertanggungjawab mencetuskan krisis kewangan 2007 - 2009. "Mereka menarafkan beratus-ratus bilion dolar gadai janji subprima yang disokong sekuriti sebagai gred pelaburan. Mereka dibayar berpuluh-puluh juta dolar oleh bank pelaburan untuk menarafan ini." Dengan kata lain, kredibiliti, kebertanggungjawaban, dan keprofesionalan agensi dipersoalkan dan diragui, bahkan dianggap melakukan jenayah.
Menolak kemungkinan sama sekali bahawa Amerika Syarikat akan mungkir, Baker berhujah, "hutang dibayar dalam dolar yang bermaksud boleh bayar dalam dolar. Kerajaan Amerika Syarikat cetak dolar yang bermakna jika atas alasan tertentu kerajaan tidak mampu mengenakan cukai atau meminjam untuk mengumpulkan untuk membayar hutang, maka kerajaan boleh cetak wang." Tambah beliau lagi, "langkah ini akan membawa inflasi, tetapi S&P bukan dalam perniagaan melakukan ramalan inflasi, mereka dalam perniagaan menaksir kemungkinan hutang dibayar balik."
"Amalan menempah bahaya politik" yang dijadikan alasan S&P nampaknya mengundang polemik yang membayangkan bahawa agensi penarafan itu membuat pertimbangan dari sudut politik. Hal ini mendorong Zachary Karabell berhujah bahawa S&P tidak berasa selesa bahawa proses politik adalah sesuai untuk berurusan dengan isu hutang jangka panjang, dan oleh itu, isu jatuh gred. "Namun, tegas beliau, "S&P ialah agensi penarafan, dan bukannya pemutus politik."
Tanpa menafikan kesilapan S&P pada masa lalu yang turut terlibat mencetuskan krisis kewangan, Ezra Klein menegaskan bahawa kini mereka betul. Di Washington, hampir basi untuk mengatakan sistem politik telah pecah yang kini turut dikesan oleh S&P, meskipun agak terlewat. Terlalu kerap tekanan di Washington adalah daripada kumpulan berkepentingan dan aktivis dan perunding politik yang mungkin tanpa niat untuk mendesak ke arah disfungsi seterusnya. Kebimbangan tentang keerosakan sistem politik Amerika yang dibangkitkan oleh S&P itu memang ada kewajarannya, seperti yang dibahaskan oleh Megan McArdle bahawa untuk menyelesaikan masalah fiskal Amerika Syarikat, kedua-dua parti, iaitu Republikan dan Demokratik mesti bekerjasama. Pastinya, tegas Megan, penurunan gred itu akan mengandungi beberapa perkataan kasar dan ditujukan kepada anggota Kongres Republikan.
Nisbah hutang dengan KDNK Amerika adalah pada tahap yang sama dengan apa yang Jepun alami pada tahun 2001 apabila negara itu diturunkan gred daripada AAA kepada AA+ oleh S&P. Justeru, sepintas lalu, ada kewajarannya hal yang sama dikenakan terhadap Amerika. Namun, tegas Daneil Indiviglio wujud perbezaan antara kedua-dua negara itu yang Amerika Syarikat dianggap mempunyai kelebihannya: petunjuk fiskal yang lebih baik; dolar kekal sebagai mata wang antarabanga utama; harga lebih stabil; dan prospek pertumbuhan adalah lebih baik. Sedangkan Jepun mempunyai masalah demografi kerana lebih banyak warga tua. Bagi beliau, lebih baik S&P mengekalkan keputusan awalnya, iaitu meletakkan penarafan Amerika Syarikat pada perhatian negatif, dan bukannya masa lagi untuk menurunkan gred itu, seperti yang dilakukan dua lagi agensi penarafan kredit.
Dua hari sebelum S&P membuat keputusan itu, George Zornick menulis dalam The Nation yang mencadangkan supaya diturunkan gred agensi penarafan. Alasannya, sebagaimana beberapa penulis lain yang dirujuk di atas, produk kewangan yang dicipta oleh Wall Street penuh dengan sekuriti gadai janji toksik adalah direstui dengan penarafan bintang emas daripada agensi penarafan utama di negara ini, iaitu Moody's, Fitch and S&P. Produk ini sungguh dahsyat hingga boleh memusnahkan Lehman Brothers, mengancam banyak firma perdagangan yang lain, dan menyebabkan ekonomi terjebak dalam kemelesetan, tetapi agensi penarafan ini secara konsisten memberitahu para pelabur bahawa mereka adalah selamat.
S&P dalam mempertahankan keputusannya menegaskan bahawa analisis penurunan gred hutang itu adalah "objektif" dalam respons terhadap kemarahan Rumah Putih. Agensi penarafan itu menyatakan S&P enggan dimanipulasikan oleh kerajaan. Sehari kemudian, S&P tatkala menghadapi persengketaan dengan Presiden Obama dan Kongres, seperti yang dilaporkan oleh The New York Times, mengeluarkan amaran bahawa penurunan kredit yang seterusnya sedang menunggu. Para pegawai S&P menegaskan bahawa agensi penarafan itu tidak melampaui sempadannya dengan memberikan tumpuan terhadap kelumpuhan politik di Washington, di samping dasar fiskal dalam menentukan penarafan baru itu.
Keputusan menurunkan gred itu membangkitkan rasa gemuruh dalam pasaran global. Kerajaan di kedua-dua belah Atlantik terpaksa bertungkus-lumus untuk mengekang keadaan yang tidak diingini itu. S&P berkata pada Jumaat lalu bahawa agensi itu hilang kepercayaan terhadap para pemimpin politik Amerika. Para pelabur pula kelihatan hilang harapan. Untuk rekod, seperti yang dinyatakan oleh Steve Benan dalam Washington Monthly, beban hutang Amerika Syarikat wujud sejak era Presiden Ronald Reagan ke era Bush Sr., dan memuncak zaman George W. Bush yang diwarisi oleh Barack Obama. Defisit hanya lenyap pada era Bill Clinton. Benan mengakui bahawa beliau silap menganggap mana mungkin politik Republikan semakin tidak masuk akal; sebaliknya mereka semakin teruk.
Bagi Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dan ekonomi utama dunia, kehilangan "A," sesungguhnya, tamparan yang cukup kuat dan kejutan yang amat mendalam. Angkara ahli politik jika tidak dibendung, nescaya negara itu menjadi negara paria. Keangkuhan dan kejahilan mereka sukar dinasihati atau ditunjuk ajar, maka muncul S&P untuk menyatakan sesuatu kepada mereka.

No comments:
Post a Comment