Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Baru-baru ini, Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick memberikan amaran bahawa pasaran saham memasuki "zon bahaya baru" dalam kritikan pedas terhadap kepimpinan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau berkata, ekonomi dunia mengalami pemulihan multikelajuan dengan ekonomi Barat tersekat di laluan perlahan berikutan penurunan gred hutang kerajaan Amerika Syarikat dan krisis yang berlanjutan di zon euro.
Pastinya, amaran atau peringatan bahawa pemulihan ekonomi tidak berada pada laluan yang betul, bukannya perkara yang baru sama sekali. Sekurang-kurangnya sejak tahun lalu, sejak pucuk hijau mula bertunas dan cahaya berkelip-kelip di hujung terowong, sesetengah ahli ekonomi, sering mengingatkan bahawa pemulihan ekonomi tidak seindah yang dijangkakan: krisis masih di belakang kita. Petunjuknya mudah, iaitu meskipun pada tahun itu dunia dapat mengelakkan daripada ulang tayang Kemelesetan Besar, secara keseluruhannya, pertumbuhan masih rendah, sedangkan pengangguran tinggi. Pertumbuhan itu pula dipacu oleh pakej rangsangan fiskal yang dilaksanakan oleh banyak negara pada tahun 2009. Untuk menyandarkan permintaan, misalnya negara G-20 melaksanakan rangsangan fiskal yang nilainya jika digabungkan iala dua peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Namun, apabila melihat cahaya berkelipan di hujung terowong, bak kata peribahasa, "mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan." Banyak negara, terutamanya negara Eropah mengambil strategi keluar dan seterusnya memperkenalkan langkah jimat-cermat. "Selamat tinggal Keynes, helo Hoover," seperti yang digambarkan oleh The Economist apabila banyak negara mula meninggalkan petua John Maynard Keynes dan merangkul mesra petua Herbert Hoover, Presiden Amerika yang dipersalahkan kerana Kemelesetan Besar. Politik jimat-cermat, seperti yang diperhatikan oleh Henning Meyer dalam The Guardian, kini mencetuskan krisis pertumbuhan Eropah.
Data terbaharu menunjukkan pertumbuhan KDNK suku tahun kedua 2011 agak muram, iaitu banyak negara terpasung dalam lingkungan satu peratus: Amerika Syarikat 1.30 peratus, Jerman 0.1 peratus, United Kingdom 0.2 peratus, Hong Kong merosot sebanyak 0.5 peratus, Greece menguncup 6.9 peratus, Sepanyol 0.2 peratus, dan Singapura 0.9 peratus. Sementara Perancis beku, iaitu tiada pertumbuhan jika dibandingkan dengan suku pertama 0.9 peratus. Hanya China masih dapat mengekalkan rentak pertumbuhannya yang memberangsangkan apabila KDNK suku keduanya mencecah 9.5 peratus berbanding dengan anggaran 9.4 peratus.
Dengan ekonomi Perancis gagal untuk berkembang pada suku kedua 2011, KDNK Jerman menunjukkan bahawa ekonomi zon euro, menurut The Guardian, adalah teruk kerana krisis hutang zon ini memasuki fasa baru yang bahaya. Prestasi yang lemah untuk dua buah negara ini mengheret pertumbuhan di seluruh zon euro jatuh kepada hanya 0.2 peratus, manakala Kesatuan Eropah juga tumbuh 0.2 peratus. Angka baru ini, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, membangkitkan persoalan, sama ada Jerman boleh kekal sebagai jentera ekonomi yang para pegawai di Amerika Syarikat dan di negara-negara lain meletakkan harapan untuk kuasa pemulihan Eropah. Di tengah-tengah petunjuk terbaharu bahawa pemulihan Amerika Syarikat adalah mengendur, maka berita terkini pertumbuhan Jerman hanya 0.1 peratus ketika suku kedua adalah perkembangan yang terutamanya suram untuk ekonomi dunia.
Bekas Perdana Menteri British, Gordon Brown menyalahkan Eropah dan Amerika Syarikat kerana merosakkan pemulihan, seperti yang dilaporkan dalam The Independent. Beliau baru-baru ini melancarkan serangan luar biasa terhadap para pemimpin Amerika, Perancis, dan Jerman, menuduh mereka "salah" tentang keputusan ekonomi besar dan gagal menghiraukan amaran beliau berhubung dengan krisis hutang Kesatuan Eropah. Brown mendakwa Eropah salah mewakili krisis sebagai "satu dimensi" dan dalam melakukan sedemikian, hanya sekadar mendesak "bahkan lebih banyak jimat-cermat." Sidang kemuncak pada bulan Julai lalu, tegas beliau, untuk mendapatkan pelan penyelamat untuk Greece datang dengan "kesimpulan yang salah" selepas tiga tahun "analisis salah" tentang skala masalah. Dan, beliau mendakwa keengganan Amerika Syarikat menyetujui rangsangan ekonomi yang baru, menaikkan cukai atau memotong hak kelayakan adalah "mencantas satu lagi potensi jentera pertumbuhan dunia."
Gordon Brown juga muncul dengan beberapa makalah tentang krisis Eropah, seperti "Europe's Real Problems" yang mendedahkan Eropah bergelut dengan tiga masalah yang berakar umbi dengan dalam dan ketiga-tiganya saling berkait: masalah defisit, masalah perbankan, dan masalah pertumbuhan yang kronik.
Dalam makalahnya yang diterbitkan dalam The Huffington Post dan The Independent, Brown menulis: Setelah bermula dengan analisis yang salah, para pemimpin Eropah melakukan betul-betul jenis kesilapan yang serupa yang kita lihat di Amerika Syarikat, apabila empat kawasan tidak boleh dimasuki politik, iaitu tiada cukai yang lebih tinggi, tiada potongan hak kelayakan, tiada rangsangan ekonomi, dan tiada pelaburan infrastruktur. Kekangan politik ini juga mereka-reka agenda untuk pertumbuhan, dan sekali lagi jentera ekonomi dunia ditutup daripada segala-galanya selain daripada pemulihan anemia.
Sebagaimana Eropah, Amerika Syarikat juga menghadapi masalah pertumbuhan. Seperti yang dibahaskan oleh Simon Johnson dua hari lalu, krisis Amerika Syarikat yang sebenar bukannya penurunan gred hutang, sebaliknya krisis pertumbuhan dan agihan pendapatan. Memetik Daron Acemoglu, bahawa jika Amerika Syarikat berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan daripada dua peratus setahun, katakan tiga peratus dalam jangka panjang, ini akan merangsang pendapatan purata yang lebih besar, di samping hasil cukai. Namun, Johnson mengakui untuk memulihkan pertumbuhan tidak terlalu mudah kerana sekali lagi, lebih melemahkan unsur, iatu melumpuhkan perjuangan terhadap agihan pendapatan yang orang sangat berkuasa boleh menghalang kerajaan daripada melakukan apa-apa sahaja yang bersikap bijak jika usaha itu bertentangan dengan kepentingan sempit mereka.
Banyak negara terpaksa bergelut dengan pemulihan yang suram dan pertumbuhan yang lemah, yang diruncingkan oleh kadar pengangguran yang tinggi. Malangnya, pemulihan yang dihasilkan sejak tahun lalu seakan-akan menghilang jika dilihat kadar pertumbuhan suku kedua, iaitu April hingga Jun tahun ini. Sememangnya, tidak sukar untuk menjelaskan mengapa pemulihan tiba-tiba hilang dalam perjalanan kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak negara mengambil strategi keluar dan melaksanakan jimat-cermat yang akhirnya membawa padah bukan sahaja dari segi ekonomi, bahkan dari segi politik dan sosial, dan contoh terbaharu, rusuhan yang berlaku di Britain.
Seperti yang dibahaskan oleh Joseph Stiglitz dalam Social Europe Journal tentang krisis ideologi kapitalisme Barat bahawa kegagalan, sama ada Eropah ataupun Amerika untuk kembali kepada pertumbuhan yang kuat akan membawa keburukan kepada ekonomi global. Tulis Penerima Hadiah Nobel Ekonomi ini: Kegagalan dalam kedua-duanya, iaitu Eropah dan Amerika Syarikat akan membawa bencana, bahkan jika negara pasaran muncul utama mencapai pertumbuhan mapan sendiri." Dan, sesuatu yang membimbangkan apabila Stiglitz menambah, "malangnya, melainkan kepala yang bijak wujud, inilah laluan yang dunia sedang tujui."
Dalam makalah terbaharunya dalam The Slate, Stiglitz sekali lagi menyalahkan Eropah dan Amerika Syarikat yang menyebabkan pemulihan hilang rentaknya dan pertumbuhan masih terengsot-engsot. Jika sebelum ini beliau menegaskan krisis ideologi kapitalisme Barat, kali ini beliau menulis bahawa idea buruk dari kedua belah Atlantik: bank Eropah dan ahli politik Amerika yang kedua-duanya melakukan kesilapan ekonomi yang serius. "Sememangnya, terutamanya Eropah dan Amerika Syarikat," tulis Stiglitz, "bukannya pasaran sedang muncul utama, yang terbenam dalam pertumbuhan yang perlahan dan pengangguran yang tinggi. Dan, sememangnya, Eropah dan Amerika yang berarak sendirian atau bersama-sama, kepada peleraian kegagalan yang sangat teruk." Wujud banyak kebimbangan tentang jangkitan kewangan antara Eropah dan Amerika yang saling merosakkan antara sama lain, tetapi bahas beliau, "masalah sebenar berpunca daripada bentuk lain jangkitan, iaitu idea buruk yang bergerak dengan mudah merentasi sempadan, dan anggapan ekonomi yang salah di kedua-dua belah Atlantik yang memperteguh antara satu sama lain. Yang sama akan menjadi betul tentang kebekuan yang dasar berkenaan bawakan."
Pada minggu terbaharu, kita menyaksikan pasaran global lintang-pukang, dan walapun ini bukan merupakan petunjuk mutlak tentang pemulihan ekonomi, pertumbuhan suku kedua suku kedua di banyak negara boleh "bercakap" dengan sendirinya ke manakah ekonomi dunia sedang menghala. Seperti yang dibahaskan oleh Robert Zoellick, Gordon Brown, dan Joseph Stiglitz Rropah dan Amerika Syarikat merosakkan pemulihan dan melemahkan pertumbuhan bukan sahaja di negara mereka, tetapi juga boleh menjejaskan pemulihan global. Kedua-duanya, iaitu Eropah dan Amerika Syarikat sedang mengheret dunia ke kancah kemelesetan curam berganda dan mungkin juga Kemelesetan Besar yang mengelak seketika.
Di sebelah menyebelah Atlantik, banyak tumpuan diberikan terhadap krisis hutang berbanding dengan ekonomi sebenar, iaitu menjanakan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mengurangkan kadar pengangguran. Jika dunia terjebak semula dalam kemelesetan, iaitu kemelesetan curam berganda, pastinya punca datangnya dari Amerika Syarikat dan Eropah.

No comments:
Post a Comment