Artikel Popular

Tuesday, July 9, 2013

Kajian: Rasuah Semakin Teruk

SELASA, 9 Julai 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH

Kajian Transparency International yang melibatkan 95 buah negara, seperti yang dipetik oleh BBC, menunjukkan bahawa seorang dalam empat orang pernah menyogok badan awam pada tahun lalu. Sierra Leone mempunyai bilangan tertinggi responden yang mengaku mereka menyogok, iaitu 84 peratus, dan tujuh buah daripada sembilan buah negara melaporkan kadar sogokan yang tinggi di Afrika Sub-Sahara.

Sementara negara yang rendah kadar sogokan ialah Denmark, Finland, Jepun, dan Australia, semuanya kadar sogokan satu peratus.  Malaysia yang turut termasuk dalam kajian itu, kadar sogokan ialah tiga peratus, tergolong dalam senarai kurang lima peratus, bersama-sama 15 buah negara lain, iaitu Australia, Belgium, Crotia, Denmark, Finland, Georgia, Jepun, Kanada, Korea, Maldives, New Zealand, Norway, Portugal, Sepanyol, dan Uruguay.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...