Artikel Popular

Monday, July 25, 2011

Syurga Bertukar Menjadi Neraka


ISNIN,  25  Julai  2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Menjelang tengah malam Jumaat, walaupun mata mula terasa mengantuk, saya masih  berdegil untuk mengikuti perkembangan antarabangsa tentang krisis siling hutang di Amerika Syarikat, krisis hutang di zon euro, skandal penggodaman telefon di Britain,  pergolakan politik Lilbya dan Syria, dan  kebuluran di Tanduk Afrika.  Namun, tiga saluran televisyen yang ditonton, iaitu CNN, BBC, dan al-Jazeera menyiarkan berita terkini letupan bom di sebuah bangunan di Oslo, yang melibatkan kematian ketika itu adalah kecil dan masih yang terperangkap. Bosan dengan liputan berita terkini yang  sama itu, saya terpaksa kalah pada tuntutan mata.

Keesokannya, seperti biasa, melalui iPad, saya melayari akhbar antarabangsa dengan jangkaan pastinya tentang liputan kejadian di itu.  Tiba-tiba saya berasa terperanjat kerana jumlah kematian yang besar, dan kejadian beralih daripada letupan kepada pembunuhan.  Dilaporkan sekurang-kurangnya 84 orang ditembak oleh mati di kem musim panas belia di Pulau Utoya,  selepas meledakkan bangunan kerajaan di Oslo yang mengorbankan  sekurang-kurangnya tujuh nyawa.  Serangan berkembar di Norway itu adalah yang terburuk sejak pengeboman kereta api di Madrid pada tahun 2004 apabila 191 orang terbunuh.

Akhbar-akhbar British terutamanya yang sejak berminggu-minggu tertumpu pada  skandal penggodaman telefon, beralih kepada tragedi di Norway itu,  "Utoya, the Island Paradise Turned into Hell by Anders Behring Breivik," demikian tajuk dengan The Guardian hari Sabtu.  Syurga bertukar menjadi neraka bagi  negara  kesayangan media:  "How Labour Party's Paradise in Utoya Turned to 'hell'," Laura Smith-Spark melaporkan kejadian itu.  Di pulau luar bandar kira-kira 20 batu dari ibu negara Norway, beratus-ratus orang anggota belia Parti Buruh berkumpul setiap musim panas untuk membincangkan politik dan demokrasi dan berkenalan antara satu sama lain.  Pulau Utoya yang hanya boleh sampai melalui bot, digunakan oleh Parti Buruh untuk persidangan belia untuk berdekad-dekad, di samping destinasi makan angin perkhemahan keluarga.  Segala-galanya berubah pada hari Jumaat apabila lelaki bersenjata berpakaian seragam polis mengamuk menembak di sana, mengorbankan yang disahkan sekurang-kurangnya 85 orang dan banyak lagi yang cedera daripada kira-kira 600 orang yang menghandiri kem tersebut, kebanyakannya remaja.

Kata-kata Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg dalam komennya tentang tragedi itu, mengubah syurga pulau menjadi neraka di bumi bahawa "tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, negara kita dilanda jenayah pada skala ini."  Beliau berkata, "syurga ketika kanak-kanaknya ditukar menjadi neraka," selepas lelaki yang mengamuk itu mengebom bangunan di Oslo dan dan  kemudian, membunuh remaja di Pulau Utoya. Beliau juga mengatakan bahawa serangan itu merupakan "tragedi negara." Tambah beliau,  "dan apa yang menyedikan saya lagi adalah bahawa tempat ini yang saya kunjungi  setiap musim panas sejak tahun 1979, dan tempat yang menikmati keseronokan, komitmen, dan keselamatan, dilanda keganasan yang kejam, syurga belia diubah menjadi neraka."

Norway berkabung untuk 92 orang  mangsa selepas "neraka di pulau syurga" dan polis menyoal Anders Behring Breivik,  Kristian sayap kanan pada hari Sabtu berhubung dengan pembunuhan tersebut.  Sementara itu, ketua Parti Kemajuan (FrP), sayap kanan populis, mengesahkan bahawa Behring Breivik pernah menjadi anggota parti antara tahun 1999 hingga 2006 dan untuk beberapa tahun pemimpin pergerakan pemuda parti itu. 

"A Nation's Enemy Within:  The Far-right Loner Who Wiped Out Nearly 100 Souls" tulis The Independent. "Dia bukannya anggota parti lagi," Ketua Parti Kemajuan, Siv Jenson  dipetik memberitahu Reuters.  "Ini membuatkan saya berasa sangat sedih bahawa dia pernah menjadi anggota pada peringkat permulaan.  Dia tidak pernah sangat aktif dan kami sukar mencari seseorang yang tahu banyak tentang dirinya. Dia juga sukar menerima prinsip dan cara kerja kami kerana dia mempunyai ideanya sendiri.  Apabila kami tidak mendengar pandangan dia, dia meninggalkan perbincangan kami.  Akan tetapi, selepas meninggalkan Parti Kemajuan, jelas bahawa Breivik bertukar menjadi lebih politik pelampau.  

Di samping kerap mengunjungi forum neo-Nazi, Anders Brehing Breivik bercakap mengagumi kumpulan sayap kanan jauh British, memuji kedua-dua kumpulan, iaitu English Defence League (EDL) dan Stop the Islamisation of Europe (SIOE).  "Saya beberapa kali mengadakan perbincangan dengan SIOE dan EDL dan mencadangkan mereka menggunakan strategi kesedaran," tulis Breivik.  Dia juga dilaporkan menyertai perbincangan dalam talian dengan anggota EDL dan kumpulan anti-Islam lain.  Selain fundamentalis Kristian sayap kanan, Freemason juga dikatakan di belakang tindakan keganasan di Norway yang terburuk selepas Perang Dunia Kedua itu.


Daily Mail memberikan perincian tentang pembunuh itu dan garisan masa kejadian itu bermula dengan ledakan bom kereta di luar pejabat Perdana Menteri kepada pembunuhan di Pulau Utoya sehingga si suspeks menyerah diri kepada polis.  Akhbar itu juga menyiarkan imej remaja yang gerun memohon belas kasihan daripada pembunuh "neo-Nazi" yang berdiri mencelapaki mayat-mayat yang bergelimpangan.

Dalam  "A Killer in Paradise:  Inside the Norway Attack,"  William Boston yang menulis dalam Time memetik polis Norway yang menjelaskan bahawa Breivik sebagai konservatif, pelampau sayap kanan dan fundemantalis Kristian.  Media Norway melaporkan bahawa dia pernah menghadiri Oslo Commerce School dan menjelaskannya sebagai konservatif dan nasionalis.  Pandangannya sukar sukar untuk dijelaskan.  Dia kelihatan benci akan komunis dan Islam dan memendam pandangan sayap kanan.  Akan tetapi, dia bukan neo-Nazi.  Breivik  merupakan pembaca tetap laman Web dan blog sayap kanan, seperti Gates of Vienna dan pengikut penulis blog Fjordman.  Pada Facebook yang Breivik bentuk sehari sebelum serangan itu, dia memetik kumpulan wira yang bersifat eklektik, yang termasuk Winston Churchill, Geert Wilders, populis sayap kanan Belanda, Max Manus, pejuang penentang anti-Nazi Norway.  Breivik nampaknya melihat diri sebagai askar upahan dalam peperangan menentang penyebaran Islam di Eropah, di samping menentang Sosialisme dan penguasaan asing di Norway.

Breivik meninggalkan manifesto yang terperinci yang merangka persediaannya dan menyeru perang Kristian demi mempertahankan Eropah menentang ancaman penguasaan Islam, menurut pegawai Norway dan Amerika yang biasa dengan penyiasatan ini. Polis mengenal pasti dirinya sebagai Kristian fundamentalis sayap kanan, manakala kenalan menggambarkannya sebagai orang Norway yang mencintai senjata api yang dihantui dengan apa yang dia lihat sebagai ancaman fahaman pelbagai budaya penghijrahan orang Islam.

Menurut akhbar itu lagi, manifesto setebal 1500 halaman itu, diposkan pada laman Web sebelum serangan, Breivik mencatatkan  hari ke hari diari bulanan perancangan serangan itu, dan mendakwa menjadi bahagian kumpulan kecil yang bertujuan untuk "merampas kawalan politik dan tentera negara Eropah Barat dan melaksanakan agenda politik konservatif budaya. Dia meramalkan kebakaran besar yang akan membunuh atau mencederakan lebih sejuta orang, menambah, "Masa untuk berdialog telah berakhir.  Kita memberi peluang keamanan.  Masa untuk penentangan bersenjata menjelma."

Dipercayai manifesto merupakan hasil tangan  Breivik, berjudul "2083:  A European Declaration of Independence,"  menyamakan liberalisme dan fahaman pelbagai budaya dengan "Marxisme budaya," yang dokumen itu menyatakan kemusnahkan peradaban Kristian Eropah.


Memang tepat bahawa akibat tragedi itu, syurga bertukar menjadi neraka, meskipun ada yang mengandaikan serangan itu bermotifkan politik.  Namun, perlu ditambah bahawa proses pertukaran itu bukannya berlaku sekelip mata, sebaliknya berakar umbi sejak sekian lama, sekurang-kurangnya lima tahun lalu, seperti yang diperhatikan oleh Gary Younge dalam "In Europe, Where the Hate?" yang berikutan serangan di Norway diterbitkan semula dalam The Nation.   Ancaman utama terhadap demokrasi di Eropah, tegas Younge, bukannya "Islamofasisme" - ungkapan berdentang dan keras yang sentiasa dilemparkan dengan harapan  bahawa  satu hari kelak mencetuskan makna, tetapi fasisme lama biasa.  Jenis yang dengannya orang kulit putih Eropah lakukan di jalanan untuk menimbulkan rasa gentar dalam kalangan minoriti atas nama perkauman, keunggulan budaya atau agama.

"Untuk fasisme dan xenofobia atau gerun orang asing," tulis beliau, "unsur rasis dan nasionalistik adalah manifestasi yang paling keji, kembali sebagai ideologi arus perdana di Eropah.  Mereka menyokong bukan hanya menyertai pilihan raya, tetapi untuk memenanginya. Mereka mengawal kerajaan tempatan dan kerusi parlimen."  Beliau mengemukakan contoh bahawa parti-parti nasionalis yang sangat kanan dan antiimigran secara tetap menerima lebih lebih 10 peratus undi, seperti yang berlaku di Austria, Belgium, Perancis, dan Italy.  Di Norway adalah 22 peratus; di Switzerland, 29 peratus.  Di Italy dan Austria, mereka dalam kerajaan; di Switzerland yang Parti Rakyat Swiss (SPP) yang antiimigran ialah parti terbesar, mereka masih wujud.  "Hal ini bukan baru.  Dari Austria ke Antwerp, Italy ke Perancis, puak fasis mencapai prestasi baik dalam pilihan raya lebih satu dekad.  Tidak juga mereka berasa malu tentang ketaksuban mereka."

Dalam komentarnya,  Immanuel Wallerstein membangkitkan kewujudan xenofobia di seluruh dunia, iaitu Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah - sesuatu yang harus direnungi berikutan  serangan di Norway itu.  Sementara Tomothy Garton Ash yang tidak senang terhadap sikap  antiimigran, mencadangkan penentangan terhadap populis xenofobia menerusi lebih banyak kebebasan bersuara.

Sejak beberapa tahun lalu, Eropah menyaksikan kebangkitan populis berikutan kemenangan parti-parti kanan jauh. Dengan kemenangan Demokrat Sweden, parti yang berasal usul neo-Nazi yang antiimigrasi, pada Septembe tahun lalu, Sweden menjadi negara Eropah terbaharu yang menyaksikan kejayaan sayap kanan populis.  Negara jirannya, iaitu Denmark dan Norway dengan parti antiimigrasi populis telah pun mencipta kejayaan sejak bertahun-tahun.  Tahun lalu menyaksikan sentimen antiimigran di seluruh Eropah, mencetuskan gelombang populis sayap kanan dari pantai Mediterranean ke kawasan sejuk Scandinavia.

Eropah yang juga bergelut dengan krisis hutang, tiba-tiba meletup dengan penolakan fahaman pelbagai budaya:   Canselor Angela Merkel mengiystiharkan kegagalan fahaman pelbagai budaya di Jerman.  Kemudian, pada awal Februari tahun ini, Perdana Menteri Britain, David Cameron mengisytiharkan "perang terhadap fahaman pelbagai budaya."  Bagi Gary Younge, Barat  kini bergelut dengan panik moral terhadap fahaman pelbagai budaya.  "Negara bangsa dalam krisis; neolberal dalam krisis; fahaman pelbagai budaya hanya semata-mata in situ."  



Tragedi berkembar itu tidak dapat dielakkan merancakkan lagi debat tentang imigrasi dan fundamentalisme, tulis editorial The Observer Ahad semalam.  Norway ialah negara kecil dengan penduduknya hanya 4.9 juta orang, dan kira-kira 10 peratus merupakan imigran atau pendatang, kebanyakannya dari Poland, Sweden, Pakistan, dan Somalia.  Norway merupakan negara kebajikan yang kaya dengan secara relatifnya, ketidaksamaan pendapatan adalah rendah dan kadar guna tenaga adalah tinggi dalam kalangan imigran di negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).  Walau bagaimanapun, kemiskinan dan pengangguran yang menjejaskan penduduk bukan orang Norway paling runcing.  Hak adalah kecil, tetapi tinjauan pendapat bulan ini menunjukkan semakin meningkat keraguan terhadap imigrasi:  separuh daripada semua orang Norway mahu menutup sempadan negara mereka kepada imigran baru dan kebanyakannya lagi sekali tidak percaya usaha integrasi berjalan dengan baik.

Hanya selepas serangan tersebut orang mula menyedari akan bahaya ancaman kanan jauh, tegas Matthew Goodwin dalam The Guardian.  Kejadian sepanjang hujung minggu secara langsung mencabar idea bahawa ekstremisme sayap kanan adalah hanya ancaman keselamatan yang kecil.  Meskipun Anders Behring Breivik bertidak sendirian, sumber pengaruh ideologinya bermula menjadi jelas.  Dia terlalu jauh apa yang mungkin kita istilahkan pelampau sayap kanan tradisional.  Walaupun dia secara mendalam prihatin tentang kesan imigrasi, fahaman pelbagai budaya, Islam dan pertumbuhan komuniti Islam yang menetap di negaranya, dia juga menolak keunggulan perkauman yang kasar dan idea neo-Nazi dan parti yang mendukung idea ini, misalnya Parti Kebangsaan British (BNP).

Goodwin menjelaskan bahawa baru-baru ini beliau mengulas buku akademik yang berkesudahan dengan ramalan bahawa gelombang keganasan akan datang di Eropah bukannya datang daripada kumpulan yang diiinspirasikan oleh al-Qaeda, tetapi sebaliknya kumpulan sayap kanan yang mahu bertindak balas terhadap ancaman ini dan memperlihatkan semula kedudukan kumpulan yang lebih luas mereka.  Memang terlalu awal untuk memberitahu, sama ada tindakan Breivik akan mengilhamkan serangan peniru, tetapi satu perkara masih jelas: ancaman daripada kumpulan dan idea pelampau sayap kanan wajar diberikan perhatian yang lebih besar.

Syurga bertukar menjadi neraka bukannya kerana bencana alam, tetapi bencana politik kebencian yang disemai oleh puak sayap kanan di Eropah sejak bertahun-tahun lalu, dan  makin ketara sejak setahun lalu.  Bukan tidak wujud peringatan tentang bahaya puak ini, tetapi lazimnya orang mengibaratkannya "gembala meneriak serigala" dan apabila serigala benar-benar membaham semua kambingnya, baru orang menyedari, lalu mengesyorkan supaya bertindak segera.






























1 comment:

  1. suka artikel yg begini penuh pengetahuan tetapi macam tak kena jer tulisannya..artikel translate dari google ker?...kalau leh editlah supaya mudah kita memahami.tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...