Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Krisis kewangan semasa bukan sahaja menyaksikan kepulangan John Maynard Keynes, Hyman Minsky, dan Joseph Schumpeter, bahkan juga Karl Marx. Pemberontakan Arab kedua membuatkan orang teringat pesanan Lenin yang terkenal ketika Revolusi Rusia 1917, "kuasa terletak di jalanan," seperti yang dipetik oleh Immanuel Wallerstein. Sementara sahabat sealirannya, Samir Amin memetik Mao Zedong bahawa yang benar-benar wujud kapitalisme tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada orang ramai di tiga benua, iaitu Asia, Afrika, dan Amerika Latin.
Pada hari Jumaat 1 Julai lalu, Parti Komunis China (CCP) menyambut ulang tahun ke-90. Menerusi minggu acara yang direka tari dengan teliti, termasuk konsert, pelakonan semula revolusioner, pertunjukan televisyen, filem propaganda yang padat dengan pelakon terkenal, dan acara pesta di Shanghai, parti iltu menekankan asal-usul populisnya. Perayaan itu mencapai kemuncaknya dalam ucapan selama 90 minit oleh Presiden Hu Jintao, dalam ucapan itu beliau menyanjung tinggi pemerintahan Parti Komunis selama 90 tahun, tetapi mengakui keperluan semasa untuk memerangi rasuah. The Atlantic mengumpulkan beberapa adegan dari seluruh negara, dalam bentuk gambar foto, ketika anggota dan penyokong Parti Komunis China meraikan sembilan dekad sejak parti itu diasaskan.
Hannah Beech yang menulis dalam Time, "Red State: Why China is Invoking the Life and Times of Chairman Mao," bahawa pada musim panas ini, China diwarnai oleh warna merah. Ketika negara menyambut perayaan ke-90 CCP pada 1 Julai, beratus-ratus juta murid sekolah, pegawai, pesara, dan bahkan eksekutif kanan Internet turut menyanyikan "lagu merah" memuji ibu pertiwi. Panggung-panggung wayang membentangkan permaidani merah untuk filem propaganda blokbuster tentang kewujudan parti itu. Kerajaan tempatan menghantar pesanan teks dengan petikan bernas daripada Mao Zedong, pengasas Republik Rakyat China yang buku Little Red Book mengatakan untuk bertahun-tahun hanyalah flea-market kitsch. tiga
Hannah memetik Fang Qiang, Setiausaha Agung Majlis Projek Pembinaan Tentera Merah Kebangsaan, "Kelas patriotisme kami bahkan lebih patriotik jika dibandingkan dengan sekolah normal kerana mencintai negara kami adalah sangat penting untuk masyarakat semasa kami. Pelajar kami semuanya sangat menyayangi Pengerusi Mao."
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang China, warna merah mengingatkan semula memori buruk Revolusi Kebudayaan tahun 1966 - 1976, apabila Tentera Merah yang kegila-gilaan mengamuk di seluruh negara. Kebangkitan semula pemujaan terhadap Mao, yang para penyokong yang kuat secara begitu berat hati melabelkan "70 peratus betul, 30 peratus salah."
Pada Disember 1957, Mao Zedong melancarkan Great Leap Forward; dan kegagalannya adalah bahawa Mao melaksanan versi utopianya tentang komunisme terhadap kepimpinan parti. Kebuluran pasca-Great Leap Forward pada amnya dianggap kegagalan besar dalam rekod Maois dan sesetengah orang bahkan mengatakan atau membayangkan bahaw Mao boleh disamakan dengan Hitler sebagai pembunuh massa. Dianggarkan antara 16 juta hingga 30 juta orang mati kebuluran semasa Maoi di China, tetapi ada yang mempersoalkan angka yang terlalu besar itu.
Mao Zedong meninggal dunia pada September 1976. Pengerusi baru CCP, Hua Guofeng, oportunis politik, melancarkan rampasan kuasa dan menangkap pemimpin Maois yang radikal yang dikenali "Geng Empat" yang diketuai oleh Jing Qing, balu Mao, dengan sokongan "kader lama" dan sokongan terang-terangan Deng Xiaoping. Di China, selepas kematian Mao Zedong, seperti yang dinyatakan oleh Minqi Li dalam bukunya The Rise of China and the Demise of the Capitalist World Economy, kuasa prokapitalis mengambil kuasa politik, yang kemudiannya merangkul mesra dasar neoliberal yang dipelopori oleh Margaret Thatcher dan Ronald Reagan.
Dalam bahagian lain buku tersebut, Minqi Li, menyatakan bahawa Mao Zedong ialah pemimpin agung Revolusi China dan sebagai hasilnya, menikmati sanjungan yang sangat besar daripada rakyat jelata China. Namun, sebagai Marxis-Leninis revolusioner, Mao selalu bekerja dengan dan bergantung pada pemimpin lain dalam parti, di samping anggota akar umb i dan massa atau rakyat jelata untuk mencapai matlamat politik, ekonomi, dan sosial. Mao tidak pernah bergantung dan percaya pada hierarki perintah yang dilaksanakan dari atas.
Berikutan Kesatuan Soviet berkecai dan sosialisme gagal, banyak orang percaya bahawa Marx dan Lenin akan dilupakan sama sekali. Demikian juga dengan Mao Zedong yang bahkan "berkubur" di China lebih awal, dan lebih-lebih lagi negara itu membuka pintu kepada kapitalisme neoliberal. Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperkukuh percayaan bahawa Mao akan dilupakan sama sekali.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, dan tiga hari lalu, Pankaj Mishra menulis dalam The Guardian, memperlihatkan kepulangan Mao Zedong di beberapa tempat di dunia. Maoisme hari ini, bercakap dengan golongan miskin di dunia dengan lebih fasih. Di Nepal misalnya, revolusioner yang diilhamkan oleh Mao berjaya menumpas monarki. Meskipun generasi kini di China mempunyai pandangan yang rumit tentang Mao, puak Maois di Nepal menyanyikan lagu daripada belia Maoisnya, sentimen yang Mao tidak jangkakan untuk mendengarnya semula pada hayatnya.
Bahkan, kejayaan Maois Nepal adalah hanya satu isyarat "kepulangan" Mao. Di India tengah, tegas Mishra, kumpulan bersenjata dengan bangga menggelar diri mereka Maois mengawal jalur luas wilayah, dengan berani dan cekal menentang percubaan kerajaan India untuk menjadikan wilayah yang kaya sumber hutan itu selamat untuk operasi perlombongan. Sementara di China, meskipun tidak diatasi oleh peminat Mao di negara asing, sesetengah orang China mula dengan secara berhati-hati mengatur kedudukan bahawa cita-cita Mao masih berakar umbi di China. Menghantar teks pesanan Mao kepada telefon bimbit, menyiarkan lagu "Merah" daripada radio dan televisyen milik negara, dan menghantar pelajar kolej ke luar bandar. Sebagaimana Hannah Beech, Pankaj Mishra, mengetengahkan Bo Xilai, ketua Parti Komunis yang bercita-cita tinggi di majlis perbandaran Chongqing, mengetauai kebangkitan semula Mao yang tidak dijangkakan di China. "Meskipun Maoisme dikurangkan kepada hampir tidak bermakna sebagai doktrin negara di China, yang jelas bahawa banyak tempat di dunia kekal Maois untuk masa yang sangat lama," demikian Mishra menyudahi tulisannya itu - menandakan bahawa Mao belum berkubur!
Kira-kira 20 tahun lalu, Orville Schell menulis dalam The Atlantic tentang kepulangan Mao, bahawa untuk tidak lagi menumpukan perhatian terhadap legasi Mao di China, seperti Khrushchev cuba lakukan untuk "tidak lagi menumpukan perhatian terhadap pengaruh Stalin" di Kesatuan Soviet, akan menggugat tonggak gerbang ideologi yang masih dipegang oleh CCP, iaitu hak untuk memerintah secara satu pihak atas nama rakyat. Walau bagaimanapun, pengaruh Mao di China kekal terpendam. Gelombang protes pelajar pada akhir tahun 1986, membawa pergelutan kuasa dalam CCP yang menjadi kemuncak dalam kebangkitan semula impian Maois ketika musim sejuk tahun 1987.
Bukanlah untuk mengatakan bahawa pembinaan pencakar langit dan pusat beli-belah menyapu bersih pengaruh Mao. Tulis Edward Wong, "In China, a Place Where Maoism Still Reigns," beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun ke-90 CCP. Negara itu mendapati digenggam erat oleh sesuatu tentang kebangkitan semula merah dalam sehari-harian. "Puak konservatif dalam CCP mempertahankan legasi Mao dengan lebih beria-ia lagi jika dibandingkan dengan sebelum ini, dan pegawai atasan mengetengahkan kempen untuk meraikan ulang tahun ke-90 penubuhan parti pada 1 Julai. Tempat kerja diberitahu supaya menganjurkan koir pekerja untuk menyanyikan lagu "Merah."
Memang sejak akhir-akhir ini wujud usaha untuk menghidupkan semula Mao. Namun, seperti yang ditegaskan oleh Hannah Beech, wujud sentimen universal bahawa golongan tua mahu golongan muda mengingati masa lalu. Akan tetapi, mahukah mereka?

No comments:
Post a Comment