Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kira-kira tiga bulan lalu, Niall Ferguson, kolumnis Newsweek menulis "Murder on the EU Express" menyamakan kematian aneh Kesatuan Eropah dengan klasik Agatha Christie, Murder on the Orient Express, untuk menjejaki siapa yang melakukan pembunuhan. Meskipun kelihatan berintegrasi, dari segi realiti, Eropah secara diam-diam berkecai sejak suatu ketika dahulu. Bukan sahaja krisis ekonomi meletupkan lubang dalam kewangan hampir semua negara Kesatuan Eropah, tetapi juga mendedahkan keberatan yang mendalam negara yang kurang terjejas untuk menyelamatkan negara yang teruk terjejas. Ferguson menegaskan krisis semasa memacu bukan hanya satu, tetapi dua sendal yang memecahbelahkan ke dalam ekonomi Eropah. Pertama, wujud perselisihan politik fundamental antara 17 negara anggota Kesatuan Eropah yang menyertai kesatuan monetari dengan 10 buah negara yang tidak menyertainya. Kemudian, dalam zon euro, wujud perselisihan ekonomi yang meluas antara pusat yang dikuasai oleh Jerman dengan pinggir yang uzur - negara yang disumpah dengan akronim yang tidak elok, iaitu PIGS (Portugal, Ireland, Greece, dan Sepanyol).
Mampukah Eropah diselamatkan? Masa dikatakan terlalu suntuk untuk menyelamatkan ekonomi Portugal, Ireland, Italy, Greece, dan Sepanyol - yang disebut PIIGS - yang terbeban dengan hutang awam dan hutang swasta yang semakin tidak terpikul lagi. Selain negara berkenaan, terutamanya Greece dipersalahkan kerana mencetuskan porak-peranda, Jerman juga dikatakan turut terlibat, seperti yang dilihat dalam tulisan Niall Ferguson yang dipetik di atas. "Jika euro gagal, Jerman akan bertanggungjawab," tulis Henrik Muller, baru-baru ini.
Tatkala sebuah demi sebuah negara zon euro dilanda krisis hutang pada tahun lalu, Timothy Garton Ash, mengingatkan bahawa hanya Jerman yang mampu menyelamatkan zon berkenaan. "Krisis zon euro masih jauh untuk berakhir. Jika Sepanyol menyusuli Portugal dan Ireland, tindakan bersejarah tataurus negara diperlukan," tulis beliau "Caling Germany, Calling Germany:" Jika zon euro berkecai, ini adalah kerana Jerman tidak banyak berusaha untuk menyelamatkannya. Jika zon euro selamat, terima kasih kepada Jerman. Keadaan ini merupakan cabaran paling hebat terhadap tataurus negara Jerman sejak negarfa itu bersatu secara aman 20 tahun lalu. Pada saat ini, para pemimpin kuasa pusat Eropah tidak menyambut cabaran ini, tetapi mereka masih ada beberapa minggu untuk membuktikan mereka mereka mampu. Selepas itu, segala-galanya sudah terlewat.
Negara mana yang patut selamatkan euro? Jerman atau Britain? Nampaknya, negara Kesatuan Eropah masih bertolak-tolak antara satu sama lain untuk menentukan negara penyelamat. Jeremy Warner mencadangkan Britain mengambil kesempatan menyelamatkan euro, dan pada masa yang sama beliau mengkritik Jerman. Bagaimana berdaya saing pun sesebuah negara di zon euro, walau bagaimanapun, Jerman selalunya dapat berada di hadapan. Warner mendakwa pendirian Jerman bahawa euro tidak boleh dibiarkan gagal, kerana ini akan memusnahkan Kesatuan Eropah itu sendiri tidak sebagai satu retorik.
Tatkala krisis zon euro baru bermula tahun lalu, Garton Ash mengingatkan bahawa Eropah berjalan semasa tidur untuk kemerosotan, lalu beliau mengingatkan bahawa mereka memerlukan Winston Churchill baru untuk menjelaskan keadaan ini kepada semua orang Eropah, dalam sajak "darah, keringat, dan air mata." Beliau mengakui Kesatuan Eropah masih ekonomi terbesar di dunia. Banyaknya sumber kuasa keras dan lembut jauh lebih besar daripada yang terdapat di kuasa besar yang sedang muncul. Akan tetapi, trend adalah sebaliknya, dan tumbukannya jauh di bawah kekuatannya. Jika Kesatuan Eropah masih mahu membentuk dunia demi kepentingan warganya, maka Kesatuan Eropah mesti merapatkan jurang antara potensinya dengan kuasa sebenarnya. Kesatuan Eropah tidak melakukannya.
Dalam salah satu makalah terbaharunya, Garton Ash mengingatkan bahawa di mana-mana sahaja projek Eropah tegun. Krisis zon euro hanya merupakan contoh yang paling segera tentang kehilangan rentak atau momentum Eropah. Hanya Canselor Jerman, Angela Merkel yang mampu memulakan pemulihan, tetapi beliau masih teragak-agak kerana terpaksa tunduk pada pendapat awam di negaranya. "Projek Eropah ketandusan 'kepimpinan'," tulis Garton Ash, "Hal ini benar, tetapi kurang daripada separuh cerita. Untuk seketika, kualiti kepimpinan Eropah benar-benar miskin jika dibandingkan dengan keadaan suku abad lalu, keperluan untuk kepimpinan itu semakin besar." Oleh sebab, kepimpinan Eropah tidak menjelma atau masih terhegeh-hegeh untuk menyelamatkan krisis, maka jangan terperanjat bahawa China akan mengambil peluang daripada krisis yang berpanjangan ini.
Persoalan sekarang bukat setakat negara mana di zon euro yang pertama mungkir terhadap hutang kedaulatan mereka, tetapi juga seperti yang dinyatakan oleh hartawan George Soros baru-baru ini, negara mana yang akhirnya terpaksa meninggalkan zon berkenaan. Beliau juga mencadangkan para penggubal dasar memperkenalkan "pelan B" yang mampu menyelamatkan Kesatuan Eropah daripada ancaman keruntuhan ekonomi.
Makapetaka yang menimpa Greece, bahas editorial guardian.co.uk, "hanya erupakan insidens yang amat ketara tentang kecacatan yang berlaku sekian lama di zon euro." Kelahiran idealistik zon euro pada tahun 1999, kini terjebak dalam krisis yang runcing. Krisis hutang Greece mencetuskan ketakutan berlakunya perpecahan Kesatuan Eropah, tulis Toby Helm, menilmbulkan ketidakpastiaan tentang masa depan euro dan seluruh projek politik. Melihat krisis yang berpanjangan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan amaran kepada para pemimpin Eropah bahawa mereka mesti bertindak menyelesaikan masalah di Greece atau berhadapan dengan risiko satu lagi krisis kewangan. Tatkala para pemimpin bertemu untuk bergelut dengan krisis Greece, gelombang udara padat dengan kewujudan debat tentang masa depan Kesatuan Eropah itu sendiri, dan bukannya sekadar tentang Greece atau zon euro semata-mata.
Krisis zon euro sekarang dikatakan merupakan ujian penting terhadap Kesatuan Eropah; dan Kesatuan Eropah setakat ini, tidak melakukan sesuatu yang baik untuk menyelesaikannya. Sejak sekian lama, para pemimpin Eropah sekadar memberikan respons terhadap peristiwa yang terbentang dan bukannya berhadapan secara langsung terhadap punca krisis itu. Politik ad hoc dikatakan melemahkan perpaduan Eropah dan mencetuskan kekeliruan dan kesangsian dalam kalangan warga Eropah. Justeru, Jurgan Habermas bersama-sama 18 orang lain mendesak "kita perlu mengubah pendekatan ini dan memulihkan kepimpinan politik demi mencegah kerosakan yang seterusnya." "Kami menggesa para pemimpin Eropah mengambil alih agenda politik semula dan membangunkan rancangan baru untuk masuk depan zon euro yang makmur dan bersatu." Bagi mereka, Kesatuan Eropah memerlukan kepimpinan untuk mengatasi krisis tersebut, dan bukannya berulang-ulang melakukan jimat cermat.
Lebih memeranjatkan bahawa krisis zon euro itu, seperti yang diperingatkan oleh Amartya Sen, Penerima Hadiah Nobel Ekonomi, bahawa hal ini sekadar pergelutan euro, tetapi juga demokrasi di Eropah menjadi pertaruhannya. Eropah membimbing dunia dari segi amalan demokrasi. Justeru, wujud kebimbangan bahawa bahaya terhadap tadbir urus demokratik hari ini, datang dari pintu belakang keutamaan kewangan, tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. Wujud isu yang mendalam yang perlu dihadapi tentang bagaimana tadbir urus demokratik Eropah boleh melemahkan oleh peranan yang cukup menyerlah daripada institusi kewangan dan agensi penarafan, yang kini memerintahnya secara bebas di seluruh bahagian rupa bumi politik. Banyak negara Eropah sekarang tergesa-gesa ingin mengurangkan defisit awam dengan pengurangan drastik perbelanjaan awam, yang menurut Amartya Sen, boleh mengakibatkan seperti membunuh angsa yang bertelur emas untuk pertumbuhan ekonomi.
Setelah mengingatkan Eropah akan bahaya akibat terlalu mengikut telunjuk agensi penarafan, beliau mengakhiri penulisannya dengan mengingatkan "berhenti meminggirkan tradisi demokratik Eropah yang mempunyai kesegeraan yang sememangnya sukar untuk membesar-besarkan cerita. Demokrasi Eropah adalah penting untuk Eropah dan untuk dunia."
Orang tua-tua pernah berpesan bahawa "persahabatan teruji semasa kesusahan" benar-benar dapat dilihat apa yang terjadi di Eropah sekarang. Meskipun sebuah demi sebuah negara di zon euro bergelut dengan krisis hutang, boleh dikatakan tidak muncul negara yang benar-benar mempunyai keazaman dan begitu komited untuk mengeluarkan seluruh zon itu keluar daripada krisis berkenaan. Walaupun krisis yang berpanjangan ini membawa akibat buruk bukan sahaja terhadap negara yang terlibat dan zon euro, bahkan terhadap Kesatuan Eropah, para pemimpin di negara yang kukuh dari segi ekonomi dan kewangan, seakan-akan tidak mengendahkannya. Pernah dikatakan bahawa pemimpin muncul semasa krisis, tetapi pemimpin yang diharapkan dapat menyelamatkan zon euro terutamanya, belum lagi menjelma.

No comments:
Post a Comment