SELASA, 22 Januari 2013
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
James Hamblin yang menulis dalam The Atlantic mendedahkan jumlah kepergian ke jabatan kecemasan hospital yang meningkat, iaitu daripada kurang 2000 pada tahun 2005 kepada lebih 20,000 kepergian pada tahun 2011. Soal beliau, jika minuman tenaga selamat mengapa minuman itu menghantar kita ke hospital?
Hamblin memetik Substance Abuse and Mental Health Services Administration (SAMHSA) yang mengeluarkan laporan baru-baru ini yang menyatakan minuman tenaga "terus-menerus membangkitkan kebimbangan kesihatan awam." Ya, minuman tenaga, seperti Red Bull, 5-Hour Energy, Monster, Full Throttle, CHARGE!, Neurogasm, Hardcore Energize Bullet, Facedrink, Eruption, Crakshot, Crave, Crunk, DynaPep, Rage Inferno, SLAP, dan bahkan Venom Death Adder, tegas beliau.
Meskipun setiap yang menjadi keprihatinan kesihatan awam, memang benar, tetapi bagaimana pula keprihatinan orang awam terhadap minuman tenaga, padahal data SAMHSA itu membimbangkan. Menunjukkan bahawa bilangan lawatan ke jabatan kecemasan berhubung dengan minuman tenaga meningkat hampir 10 kali ganda antara tahun 2005 dengan 2011:

Kajian tersebut juga dipetik oleh The Huffington Post yang menunjukkan bahawa minuman tenaga boleh memudaratkan kesihatan para pengguna. Walau bagaimanapun, akhbar Internet itu kemudiannya melaporkan bahawa Monster Beverage Corp bertindak balas mempertahankan dirinya dan minuman tenaga yang dikeluarkannya.
No comments:
Post a Comment