Artikel Popular

Friday, January 11, 2013

Kebebasan: Malaysia Teruk!

JUMAAT, 11 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Indeks Kebebasan Dunia Tahun 2013 yang baru sahaja dikeluarkan oleh The Canadian Fraser Institute, menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-99 daripada 123 buah negara, sekadar mendahului China yang menduduki tangga ke-100.  Malaysia sekadar memperoleh 5.84 mata indeks kebebasan, dengan 5.0 mata kebebasan peribadi dan 6.71 mata kebebasan ekonomi.

New Zealand yang menduduki tangga pertama, mencatatkan 8.73 mata indeks kebebasan, dengan 9.2 mata kebebasan peribadi dan 8.22 mata kebebasan ekonomi.  Disusuli oleh Belanda yang menduduki tangga kedua, Hong Kong (ketiga), Australia (keempat), dan Kanada (kelima).  Negara lain yang turut tersenarai 10 negara teratas ialah Ireland, Amerika Syarikat, Denmark, Jepun, dan  Estonia. Hong Kong bukan sahaja mengatasi Amerika Syarikat dan United Kingdom (ke-18), bahkan juga jauh meninggalkan Tanah Besar  China.

Sementara Singapura yang lazimnya tergolong dalam 10 buah negara teratas dalam kebanyakan penarafan antarabangsa, menduduki tangga ke-39, memperoleh 7.67 mata indeks kebebasan, dengan 6.6 mata kebebasan peribadi dan 8.75 mata kebebasan ekonomi.   Negara jiran yang lain, iaitu Thailand menduduki tangga ke-58, Filipina (ke-67), dan Indonesia (ke-84).  

Kebebasan peribadi, menurut organisasi kumpulan pemikir Kanada itu, diukur dari segi keselamatan, pergerakan, penyataan, dan  kebebasan hubungan.  Purata kebebasan peribadi, kebebasan ekonomi, dan indeks kebebasan masing-masing ialah 7.1 mata, 6.7 mata, dan 6.9 mata, manakala median ialah 7.5 mata untuk kebebasan peribadi, 6.9 mata untuk kebebasan ekonomi, dan 7.1 mata untuk indeks kebebasan.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...