Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Paul Krugman mempersoalkan pandangan seorang lagi Penerima Hadiah Nobel Ekonomi, iaitu Joseph Stiglitz bahawa ketidaksamaan pendapatan melambatkan pemulihan ekonomi. Krugman dalam sanggahannya itu, seperti dipetik oleh The Huffington Post, tidak yakin dengan Stiglitz dan tidak dapat melihat bagaimana hal itu boleh terjadi.
Menulis dalam blognya, Krugman menganggap Stiglitz ahli ekonomi agung seperti orang gila, maka setiap yang beliau perkatakan, sepatutnya dianggap serius. Empat perkara yang dibangkitkan oleh Stiglitz, hujah Krugman, dua daripadanya tidak benar-benar tentang pemulihan semasa. Beliau bersetuju dengan hujah Krugman bahawa ketidaksamaan yang meluas menyebabkan pembaziran bakat manusia, kerana golongan miskin dan kelas menengah yang semakin meningkat kurang akses kepada pendidikan yang baik, dan ketidaksamaan menggalakkan krisis kewangan.
Walau bagaimanapun, Krugman kelihatan tidak bersetuju dengan pendirian Stiglitz tentang hipotesi "kurang penggunaan," yang pada asasnya, golongan kaya berbelanja terlalu sedikit pendapatan mereka. Hipotesis ini, hujah Krugman mempunyai sejarah yang panjang, juga mempunyai masalah teoretis dan empirik yang diketahui umum. Beliau juga mempersoalkan pandangan Stiglitz bahawa ketidaksamaan pendapatan yang meluas menekan terimaan cukai, memacu ketakutan fiskal.
Dengan sanggahan Krugman, pastinya ketidaksamaan menjadi debat yang hangat, seperti yang pernah dibangkitkan oleh Jared Bernstein.
Dengan sanggahan Krugman, pastinya ketidaksamaan menjadi debat yang hangat, seperti yang pernah dibangkitkan oleh Jared Bernstein.
No comments:
Post a Comment