Artikel Popular

Wednesday, January 2, 2013

Negara Terbaik untuk Lahirkan Anak: Malaysia di Tangga Ke-36

RABU,  2 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tempat seseorang isteri melahirkan anak sebenarnya mencerminkan taraf sosioekonomi si suami. Bagi suami yang kaya-raya, tempat isterinya melahirkan anak, pastinya di hospital swasta, biarkan dikenakan bayaran yang tinggi.  Bagi yang berpendapatan sederhana dan tidak mahu membazirkan duit, hospital kerajaan sudah memadai.  Asalkan isteri dan anak yang dilahirkan selamat, sihat.

Melalui carta hariannya dan makalah,  The Economist menunjukkan negara terbaik untuk seseorang isteri  melahirkan anak.   Suku abad lalu, negara yang menduduki tangga tertinggi ialah Amerika Syarikat, tetapi keadaan telah berubah. Negara itu kini menduduki tangga ke-16 - berkongsi kedudukan dengan Jerman. 

Menduduki tangga tertinggi ialah Switzerland, diikuti oleh Australia (kedua), Norway (ketiga), Sweden (keempat), dan Denmark (kelima). Negara lain yang tersenarai dalam 10 negara teratas ialah Singapura (keenam), New Zealand (ketujuh), Belanda (kelapan), Kanada (kesembilan), dan Hong Kong (ke-10). 

Singapura jelas jauh meninggalkan negara-negara lain di Asia Tenggara:  Malaysia (ke-36), Thailand (ke-50), Filipina (ke-63), Vietnam (ke-68), dan Indonesia (ke-71).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...