Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Beberapa buah pulau kini menjadi rebutan sehingga mencetuskan konflik antarabangsa, seperti yang berlaku di Laut China Selatan yang melibatkan China dengan Filipina, Vietnam, Taiwan, Malaysia, dan Brunei.
Sementara Pulau Senkaku dalam bahasa Jepun dan Diaoyu dalam bahasa Cina mengheret Jepun dan China dalam pertikaian yang sengit, menurut Odd Arne Westad. Keadaan ini mendorong Washington campur tangan dengan memihak kepada Jepun, antaranya kerana ingin merealisasikan pelan induk abad Asia. Walau bagaimanapun, China dilaporkan mencari penyelesaian secara aman dengan Jepun tentang pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara.
Pertikaian antara Britain dengan Argentina tentang Kepulauan Falkland yang telah pun reda, kini tercetus semula. Britain dilaporkan menyediakan pelan baru untuk mempertahankan kepulauan yang pernah mencetuskan peperangan antara kedua-dua negara itu. Presiden Argentina Cristina Fernandez de Kirchner dalam surat terbukanya yang diterbitkan dalam The Guardian, mendesak Perdana Menteri David Cameron supaya mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyerahkan kepulauan itu kepada Argentina, tetapidesakan itu ditolak oleh Cameron.
Walau bagaimanapun, tidak semua menjadi rebutan dan mencetuskan konflik atau pertikaian antara negara. Seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, wujud beberapa buah pulau yang merupakan tempat penginapan yang paling relaks, antaranya Munjoh di Kepulauan Andaman, Maravilha di Brazil, dan Pulau Lizard di Australia.
No comments:
Post a Comment