Artikel Popular

Monday, January 14, 2013

Minuman Manis Bawa Risiko Kemurungan

ISNIN,  14 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Iklan minuman dalam tin sering menunjukkan keriangan peminumnya, yang lazimnya terdiri daripada golongan remaja.  Sebaliknya, menurut kajian, minuman tersebut boleh membawa kemudaratan.  

Menurut U.S. National Institure of Health, seperti yang dipetik oleh Bloomberg mendapati lebih 200,000 orang tua yang minum lebih empat tin minuman soda sehari mempunyai 30 peratus risiko yang lebih besar kemurungan berbanding dengan mereka yang tidak menggunakan minuman tersebut.  Jumlah yang sama untuk punc buah membawa 38 peratus risiko lebih tinggi, menurut penyelidikan oleh American Academy of Neurology.  Bahkan, risiko lebih tinggi untuk orang yang menggunakan minuman diet, sama ada soda, punc, ataupun teh ais.

Kajian tersebut, adalah yang pertama melihat minuman manis dan kemurungan, tidak menjelaskan hubungan, maka masih tidak diketahui bagaimana minuman tersebut mungkin berkait dengan kesihatan mental.  Satu teori bahawa minuman berkenaan berkait dengan diabetes dan obesiti atau kegemukan, yang seterusnya boleh membawa kepada mood disorder

Walaupun hasil kajian adalah awalan, penggunaan minuman manis sepatutnya dikurangkan kerana minuman itu mempunyai kaitan dengan hasil kesihatan teruk yang lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...