Artikel Popular

Monday, October 1, 2012

Wanita Pertama Selalu Kena Teropong

ISNIN, 1 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Mempunyai kedudukan wanita pertama nampaknya bukan mudah, seperti yang dialami oleh Valerie Trierweiler,  teman Presiden Perancis Francois Hollande.  Kehidupan wanita pertama selalu mendapati perhatian, baik dari segi luaran mahupun dalaman, baik  tingkah laku, barang kemas, jam tangan dan tas tangan, mahupun seluar dalam dan coli.  

Walau bagaimanapun tidak banyak wanita, seperti  Naglaa Ali Mahmoud, isteri Presiden Mesir, Mohammed Morsi, yang  tidak mahu dirinya digelar wanita pertama.  Bahkan, ada isteri pemimpin yang di negaranya tidak ada gelaran itu beria-ia benar agar dirinya digelar wanita pertama.

Sementara di Jerman, bekas wanita pertama, iaitu Bettina Wulff,  mengambil tindakan tehadap Google kerana carian terhadap namanya menunjukkan dia "pelacur."  Jika ditaip namanya melalui Autocomplete Google, maka muncul perkataan Jerman untuk "teman sosial," "pelacur," atau "kehidupan masa lalu."  Kehidupan lampaunya benar-benar menghantui dirinya.

Segala  yang muncul daripada wanita pertama mendapat perhatian.  Michelle Obama dikatakan "tidak kelihatan atau berkelakuan," seperti wanita pertama.  Pilihan fesyen beliau  diperhatikan dan diperdebatkan.

Mana-mana wanita yang bertaraf wanita pertama, pandai-pandailah membawa diri dan menampilkan keperibadian.  Perlu diingat bahawa "kabinet dapur" boleh menghancurkan masa depan suami, seperti nasib yang menimpa Bo Xilai.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...