Artikel Popular

Saturday, October 13, 2012

Mencari Teman Sejiwa melalui Media Sosial

SABTU, 13 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada suatu masa dahulu, muda-mudi terutamanya, mencari kenalan atau pasangan mereka melalui ruang akhbar yang agak popular, iaitu "kembang setaman."   Walaupun zaman berubah, orang masih menggunakan media, seperti melalui Internet,  untuk mencari kenalan atau pasangan yang turut disediakan oleh The Guardian dalam talian.  Kini, media sosial merupakan wadah terbaik untuk berkenal-kenalan dan bermesra-mesraan antara satu sama lain, meskipun beberapa bulan lalu seorang rakan Facebook mengeluh, "lihat gambar dalam FB cantik, tetapi apabila berjumpa lain pula."

Setelah menulis bilangan orang yang semakin bertambang berdating dalam talian tanpa tapak berdating dalam talian, Bianca Bosker memberikan petua bagaimana mencari teman sejiwa melalui media sosial.  

Sesiapa yang berminat mencuba nasib, "untuk sabut timbul, untung batu tenggelam," boleh mencuba petua tersebut.  Rezeki jangan ditolak!  Lagipun "pelaburannya" tidak besar, dan yang lebih penting, anda lebih selesa - tidak seperti dahulu, anda terpaksa ke stesen bas, panggung wayang, pusat beli-belah, dan sebagainya, semata-mata untuk "memasang umpan."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...