Artikel Popular

Tuesday, October 9, 2012

IMF: Dunia Diancam Kemelesetan Teruk

SELASA, 9 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang dipetik dengan meluas, antaranya The Guardian, The Telegraph, dan Bloomberg, memberikan amaran akan risiko kemelesetan global yang  lebih dalam. IMF yang memotong unjuran pertumbuhan global kerana krisis hutang  zon  euro yang semakin teruk, dan memberikan amaran, bahkan berlaku pengembangan yang sangat perlahan, kecuali pegawai di Amerika Syarikat dan Eropah menangani ancaman terhadap ekonomi mereka.

Ekonomi dunia akan tumbuh 3.3 peratus pada tahun ini, lebih perlahan sejak kemelesetan tahun 2009, dan 3.6 peratus tahun depan, menurut IMF, berbanding dengan ramalan Julai, iaitu 3.5 peratus pada tahun 2012 dan 3.9 peratus pada 2013.  "Peluang pertumbuhan enam dalam satu menjunam di bawah dua peratus" kata IMF dalam laporannya, World Economic Outlook.

IMF menggesa para pemimpin zon euro agar bertindak segera terhadap krisis hutang di Greece dan Sepanyol, atau menghadapi risiko mengheret ekonomi global ke dalam satu lagi krisis kewangan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...